Lelaki naik angin tengah jalan, bengang dihimpit pemandu nak masuk simpang saat akhir

Motosikal merupakan antara kenderaan yang sering ditindas oleh kenderaan bersaiz besar seperti kereta, trelar mahupun lori.

Walaupun adakalanya perangai penunggang motosikal dilihat agak menggeramkan, namun tidak wajar jika kesalahan dituju hanya kepada mereka sahaja.

 

Padah cuba tukar laluan saat akhir?

Misalnya seperti situasi yang dikongsi oleh Utusan TV, kelihatan sebuah kenderaan jenis Proton Iriz menghimpit sebuah motosikal yang berada di sebelah kiri.

 

@utusantvofficial Kejadian di persimpangan lampu isyarat Pengaklan Alor Gajah | 28 OGOS 2022 | 12.05 tengah hari | 📽️ Dilla Rosly. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Scary music horror mystery(1040775) - parts di manta

 

Sewaktu lampu isyarat sudah bertukar hijau, kereta berkenaan sepertinya hendak masuk ke simpang sebelah kiri , namun ada kemungkinan dia tidak menyedari akan keberadaan motosikal tersebut sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kecil itu.

Serang pemandu dengan helmet

Bengang dengan insiden menimpa, penunggang motosikal tadi terus menyerang pemandu Iriz dengan bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan helmet.

"Berpihak pada abang motor"

Meskipun tahu tindakannya itu salah, namun rata-ratanya berpuas hati dan akui berpihak kepada penunggang motosikal berkenaan.

 

"Nasib baik serang kereta, bukan pemandu"

 

"Kereta salah dulu tapi..."

"Sebab macam ni lah aku lumpuh"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen