Mengidam nak naik kereta kebal, ibu nangis dapat penuhi hajat anak

Melayani karenah ibu mengandung sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi, itu termasuklah cuba untuk memenuhi keinginannya yang adakalanya tak masuk akal.

 

Awal pagi anak ngidam naik kereta kebal

Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat kita saksikan perkongsian Omma_Ellysha berkenaan perjalanan kisah anaknya yang mengidam untuk menaiki kereta kebal.

 

@omma_ellysha76 pagi2 kak ngah whtsap ibu..nk naik kereta kebal...mana ibu nak cari kak ngah oii .pelik2 mengidam dia..minta kuasa viral tik tok..bantu anak omma realisasikan impiannya...lepas mengidam jadilaa..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #keretakebal #fypシ ♬ bunyi asal - Fahmie Izwan

 

Menurut Omma, dia menerima mesej daripada anak keduanya yang sedang hamil bahawa dirinya teringin untuk menaiki kenderaan tersebut.

 

Hasrat naik kereta kebal tertunai

Menerusi video berlainan, dalam perjalanan ke kem Sungai Besi, mereka berhenti sebentar apabila melihat banyak trak Tentera Darat sekaligus bertanya kepada anggota di situ berkenaan hasratnya.

 

@omma_ellysha76 part 1 alhamdulillah..walau sesat..dgn jalan bnyak yg tutup .kaki sampai jugak..dapat melalui info abam askar yg baik hati..semiga allah yg dapat membalasnya..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #fypシ #mengidamnaikkeretakebal #keretakebal @ainnursyafiera ♬ Lagu Sedih - Rusli Ridwan

Terus pergi kem minta izin

Namun, mereka diminta untuk terus ke kem dan siapa sangka pihak kem memberi keizinan untuk anaknya merasai pengalaman menaiki kereta kebal sepertimana yang diidamkan.

 

@omma_ellysha76

 

♬ Ya Maulana (Remastered) - Sabyan

 

"Ibu sedaya upaya tunaikan..."

Dalam waktu sama, air matanya sebagai seorang ibu juga tumpah apabila berjaya memenuhi hasrat si anak, lebih-lebih lagi ketika melihat dia tersenyum gembira.

@omma_ellysha76

 

♬ Syukran Lillah (Sabyan) - Sabyan

 

"Bertuah ada ibu"

Menjengah ke ruangan komen, netizen luah sebak apabila melihat usaha wanita berkenaan untuk memenuhi keinginan anaknya.

"Lepas hajat anak mengidam"

"Omma ibu yang terbaik"

 

 

Menurut Omma, menantunya tiada ketika itu kerana sedang bertugas di luar kawasan dan agak sukar untuk mengambil cuti, jadi keluarganya lah yang mengambil alih sebentar tanggungjawab itu sementara dia bekerja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen