"Dia tak takut tegur sesiapa..." -Hakim lihat Rosmah banyak kawal Najib dalam hal kerajaan

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penafian Rosmah dalam pembelaan bahawa beliau tidak ada campur tangan dengan projek kerajaan adalah keterangan dengar cakap.

 

Konon tak campur tangan hal kerajaan

Menurutnya, Rosmah berbuat demikian kerana takut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sahaja.

"Tertuduh mengatakan dia takut akan kemarahan Najib dan tidak akan mempengaruhi suaminya termasuk memaksa atau menasihatkannya berhubung projek kerajaan

"Semua kenyataan itu adalah dengar cakap dan tidak diterima oleh mahkamah kerana Najib tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

"Hanya Najib yang boleh mengesahkan apa yang dikatakan tertuduh itu," katanya dalam penghakiman setebal 116 muka surat.

-Zaini Mazlan-

 

Hakim lihat Rosmah kawal Najib

Selain itu, mahkamah dalam keputusannya berpuas hati bahawa daripada rakaman audio dan transkrip membabitkan perbualan tertuduh dan Najib jelas menunjukkan bahawa wanita itu memberi arahan kepada suaminya berhubung urusan kerajaan.

"Dalam kenyataan saksinya, tertuduh tidak secara tegas menafikan suara dalam rakaman audio itu adalah bukan mereka berdua.

"Terdapat tiga saksi yang mengenal pasti bahawa suara rakaman itu adalah milik Najib dan tertuduh. Saya tidak meragui bahawa mereka betul.

"Tertuduh cuba mengatakan bahawa perbualan itu adalah perbincangan biasa antara suami dan isteri. Bagaimanapun, ia bukan perbualan biasa antara pasangan, kerana ia adalah mengenai hal ehwal kerajaan.

"Jelas daripada rakaman audio itu, tertuduh memberi arahan kepada Najib mengenai hal ehwal kerajaan.

"Nada suaranya memerintah dan bertentangan dengan pendapatnya bahawa dia mematuhi larangan Najib untuk tidak mencampuri urusan kerajaan.

-Zaini Mazlan-

 

"Dia tak takut tegur sesiapa..."

Menerusi rakaman perbualan suami isteri itu juga, Zaini melihat tertuduh (Rosmah) mendominasi Najib dan masuk campur urusan kerajaan, walaupun beliau menafikannya sebelum ini.

"Dengan hormatnya saya mengatakan, ia nampak tertuduh mendominasi Najib. Dia mempunyai kawalan ke atasnya. Dia mendakwa tidak ada urusan campur tangan dalam tugas Najib atau hal ehwal kerajaan, tetapi dia melakukannya.

"Rizal bercakap benar apabila berkata tertuduh mempunyai sifat suka mengawal dan boleh mempengaruhi keputusan dalam perkhidmatan awam.

"Dia telah bekerja dengannya selama bertahun-tahun dan akan dapat menyaksikan ini secara peribadi.

"Tertuduh tidak menunjukkan bahawa beliau mudah diambil kesempatan. Dia mempunyai karakter yang tegas dan tidak gentar untuk menegur sesiapa pun.

-Zaini Mazlan-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen