Anak terkilan, bank tetap suruh mak lumpuh datang untuk berurusan. -"Katanya, tak ada cara lain."

Mengenangkan keadaan mak yang kini terlantar, tidak sampai hati rasanya seorang anak melihat wanita itu susah, namun apakan daya ada pula pihak yang dilihat tidak bersimpati dengan situasi tersebut. 

 

Bank tak ada tolak ansur

Menerusi video yang dikongsi oleh Nur Hartini, menyaksikan detik bilamana dia terpaksa meminta bantuan ambulans  St John untuk menghantar ibunya yang lumpuh seluruh badan ke bank.

 

@hatinimahamud #PublicbankGurun#pesakitlumpuhseluruhbadan#takadapertimbangrasa#pihakbanksombong#fypシ゚viral #viraltiktok #viralkedah ♬ Do'aku - Haddad Alwi

 

 

Hal itu apabila dia dimaklumkan bahawa pihak bank tiada cara lain melainkan emaknya sendiri perlu hadir untuk urusan mengaktifkan semula kad bank miliknya yang hampir tamat tempoh.

"Dari kad tu mak terima duit pencen"

Lebih membuat Hartini terkilan apabila pihak bank sesuka hati menyekat akaun bank milik maknya tanpa asbab munasabah.

Ketika ditanya tentang perkara itu, mereka minta dia berjumpa terus dengan pihak atasan.

 

"Sepatutnya pegawai datang rumah"

Melihat perkongsian Hartini membuatkan warganet saling berdebat mempertikai pengurusan bank yang tergamak berbuat demikian.

"Tak ada ikhsan langsung ke?"

"Bank tak jaga kebajikan ahli"

Rata-ratanya beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh pihak bank agak keterlaluan.

 

"Tergamaknya buat macam tu"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen