Ramai teruja nak datang konsert Rossa, tapi harga tiket pula jadi bualan? -"Baik beli telefon..."

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa bakal menemui peminatnya di Malaysia pada 2 November ini, bertempat di 'Plenary Hall', Kuala Lumpur Convention Centre.

 

"Ku menangis!"

Belum pun konsert dijalankan, namun nama Rossa sudah menjadi bualan warganet mengenangkan harga tiket yang ditawarkan  terlalu cekik darah? 

 

 

Menerusi hantaran @LeAltergo, memaparkan iklan konsert tersebut yang turut disertakan di dalamnya harga tiket mengikut tempat di dalam dewan berkenaan.

Dia luah kecewa melihat harga tiket sehingga mencecah RM5000 dan jelas sekali itu terlalu 'mahal' untuk golongan marhaen di Malaysia ini.

"Harap harga tu typo"

Bukan itu sahaja, netizen juga meluahkan perkara sama sehingga ada yang berharap bahawa pihak pengurusan tersalah tulis.

 

"Baru nak beli, takpelah"


"Tiket konsert lain tak semahal ni"

Dalam waktu sama, mereka membandingkan pula dengan harga tiket konsert artis antarabangsa lain yang pernah mengadakan konsert di Malaysia yang mana harganya jauh lebih baik.

 


 

 

Beli sambil menderma

Tampil menjernihkan keadaan, seorang individu menjelaskan bahawa tempat duduk tersebut bukanlah untuk orang awam ataupun peminat.

Itu merupakan tempat orang kenamaan (VIP) yang mana hasil daripada jualan tiket bahagian itu nanti akan disumbangkan kepada golongan memerlukan dengan bantuan pihak PRIHATIN.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen