Dah tempah bilik untuk bercuti? Periksa dan ketahui 'spot' kamera tersembunyi dalam ruang anda

Menjelang cuti persekolahan yang panjang ini, ramai ibu bapa sudah merancang untuk membawa anak-anak bercuti.

Malahan, boleh dikatakan hampir kebanyakan rumah inap dan hotel di beberapa lokasi percutian terkenal sudah penuh ditempah.

Cara Mendeteksi Kamera Tersembunyi dengan Android, Agar Lebih Waspada - Hot  Liputan6.com

 

10 'spot' kamera tersembunyi

Dalam keseronokan, jangan lupa untuk sentiasa berwaspada dengan keselamatan keluarga anda.

Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan bahawa bilik hotel atau rumah inap yang ditempah berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada sebarang kamera tersembunyi.

Berikut merupakan antara tempat tersembunyi yang menjadi pilihan pemasang kamera berkenaan:

1. Alat pengesan asap

2. Alat penyaring udara

3. Buku

4. Penyangkut baju

5. Dekorasi dinding (jam atau lampu)

6. Soket 

7. Hiasan bunga

8. Kotak tisu

9. Bantal sofa 

10. Penghawa dingin

Jual Spy Cam Gantungan Baju Hanger Pakaian Cctv Mini Kamera Pengintai 720P  | Shopee Indonesia

 

Jumpa kamera tersembunyi dalam skru katil bikin netizen nak maki

 

Ruang yang selalu jadi pilihan

Sementara itu, ruang yang selalu menjadi tempat kamera persembunyian diletakkan adalah di:

1. Tanaman rumah

2. Lubang di pintu

3. Atap rumah

4. Loceng rumah

Walau bagaimanapun, beberapa objek mungkin memperlihatkan kabel, lampu atau lensa mencurigakan.

Jika anda menermukan beberapa wayar atau penyampung yang pelik, dinasihatkan segera cabut.

Tamu Airbnb Mengaku Menemukan Kamera Tersembunyi di Lubang Lemari,  Ditujukan Ke Tempat Tidur - Tribun Travel - Beritau

 

Langkah kesan kamera tersembunyi

Bagi yang tidak tahu cara mengesan wujudnya kamera atau CCTV tersembunyi, ikuti langkah tersebut:

1. Tutup langsir di ruang anda dan matikan lampu

2. Periksa sama ada terdapat cahaya LED berwarna merah atau hijau yang berkelip.

Coretan Kak Lyn....: Tips Kesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel /  Homestay

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda demi menjamin keselamatan semasa  bercuti nanti, apapun sentiasa jaga diri dan jangan leka. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen