Elok dan masih cantik, netizen tak sampai hati tengok 'sampah' mahal dibuang

Rata-rata dalam kalangan kita, baik lelaki mahupun perempuan, suka membeli sesuatu barangan kononnya ingin 'reward' diri.

Lebih mengagumkan, mereka tidak kisah berhabis ribuan, malah jutaan ringgit untuk barangan tersebut, asalkan dapat memenuhi keinginan tersebut menggunakan duit hasil dari 'titik peluh' sendiri.

 

Jumpa 'sampah' mahal

Pun begitu, menjadi tanda tanya adakah barangan tersebut akan terus digunakan, disimpan, diberi kepada orang atau dibuang kerana ketiadaan ruang lagi di rumah?

Mengambil pendekatan dari perkongsian awie97, memaparkan situasi bilamana dia menemui sebuah beg plastik sampah berwarna hitam di kawasan perumahan.

 

@n4seerudin97

 

♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana - Midua Cinta - DJ AURA X

 

Dia yang pada ketika itu sedang melakukan kerja pembersihan, terdorong untuk melihat isi di dalam plastik berkenaan dan apa yang ditemui adalah barangan aksesori wanita.

Antara barang di dalam bungkusan itu adalah beg tangan, perhiasan kecantikan wanita, dompet, cermin mata dan minyak wangi.

"Buang barang EX kot"

Melihat keadaan barangan yang masih elok membuatkan netizen berandaian itu mungkin barang pemberian daripada bekas kekasihnya.

 

"Saya pun macam ni"

Selain itu, ada juga mengatakan bahawa kejadian sebegitu adalah biasa dilakukan oleh segelintir dari kalangan mereka kerana sudah bosan menggunakan barang tersebut.

"Ada yang tak suka pakai bekas orang"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen