Hiburan Ketika Majlis Perkahwinan. Adakah Dibolehkan?

Setiap manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan tersebut ada yang dibolehkan, ada juga yang tidak dibolehkan dalam Islam mengikut kategori yang telah ditetapkan. Sekiranya hiburan tersebut menjadikan seseorang lalai, lupa kepada Allah, boleh mengakibatkan dia berbuat dosa maka hiburan tersebut tidak dibolehkan.



Hiburan ketika majlis perkahwinan adalah dibenarkan menurut hadis ini.

Dari Aisyah r.a, dia berkata bahawa: Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: “Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.”
[Riwayat Bukhari]



Tetapi perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Misalnya:

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara haram dan halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan.”
[Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi]




Jadi, berdasarkan hadis di atas, perkara yang perlu diambil berat ketika kita mempunyai hiburan di dalam majlis perkahwinan adalah peralatan yang digunakan ketika itu dan suara seseorang. Peralatan hendaklah sederhana, dan tidak melampau. Suara pula lebih baik kita memilih lelaki daripada memilih wanita untuk menyanyi. Kerana hukum suara wanita menyanyikan lagu mempunyai khilaf dikalangan ulama’. Maka sebaiknya kita hindari kecuali suara tersebut tidak mendayu-dayu atau menimbulkan syahwat terhadap lelaki yang mendengarnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen