Menggembirakan Isteri, Menambahkan Rezeki.

Dalam keutamaan memberikan nafkah, setelah nafkah untuk diri sendiri (suami), suami perlu memberikan nafkah kepada isteri setelah itu. Banyak dalil yang mengingatkan kita agar mengutamakan keluarga terdekat terlebih dahulu, kemudian barulah diberikan kepada bapa, ibu dan saudara mara yang lain dan orang yang memerlukan.

Untuk menambah rezeki supaya sentiasa mencukupi, kita dianjurkan untuk berbuat baik terdapat isteri agar keberkatan dalam rumah tangga itu bertambah. Antara yang boleh dilakukan oleh seorang suami terhadap isterinya adalah dengan:



1. Memberikan nafkah.

Ini adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan sebelum ia mengalir ke pihak lain. Apabila kita tidak melaksanakan tanggungjawab ini, kita akan disoal di akhirat kelak. Maka, utamakan yang lebih utama dalam hal ini.

2. Memberikan hadiah.

Seorang isteri sangat sukakan kejutan. Lebih-lebih lagi kita memberikan hadiah yang diimpikan selama ini. Hadiah yang diberikan tidak perlulah mahal, tetapi mengikut kemampuan kita. Sekiranya wang ketika itu kebetulan sedikit, hadiahkan mengikut kemampuan, seterusnya berikan kepadanya dengan nada yang romantis. Nescaya, seorang isteri amat menghargainya walaupun nilai yang diberikan tidaklah tinggi.

3. Bercuti.

Bercuti atau honey moon dapat mengembalikan nostalgia ketika awal perkahwinan. Memori-memori indah akan muncul ketika suami dan isteri bersama tanpa gangguan sesiapa. Ketika ini juga isteri merasa dirinya sangat dihargai oleh suami. Dia menganggap pengorbanan menjaga anak, menguruskan rumah tangga rupanya diambil entah oleh suami.



Jika tidak mampu untuk melakukan kesemua ini tidak mengapa. Sentiasalah menghargai pengorbanan mereka dengan membantu kerja-kerja rumah, menghormati mereka sebagai seorang wanita yang melahirkan zuriat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Itu sudah cukup untuk memberikan kebahagian kepada isteri kerana ketika itu isteri merasakan dirinya seperti bidadari.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen