Niat nak kongsi cerita, tetapi lain pula yang jadi apabila netizen berdebat mempertikai hantaran yang dimuat naik oleh wanita ini.
Jumpa ubat 'stapler' dalam kuih
Menerusi muat naik Halimah Jais, menyaksikan gambar kuih pulut panggang yang telah dibelah olehnya terdapat dua 'bar' ubat 'stapler'.
Tulis Halimah, selepas kejadian dia telahpun bertemu dengan penjual kuih itu, namun tidak menyangka pihaknya hanya menunjukkan sikap acuh tak acuh selain tidak meminta maaf pun atas kecuaian tersebut.
"Macam tak logik"
Tidak dengan itu, Halimah kemudiannya berkongsi pula kisah dialaminya di dalam kumpulan 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official' agar orang lain mengambil iktibar dan lebih berhati-hati.
Namun, lain pula respon yang diterima apabila ada yang mengatakan ceritanya tak logik dan direka.
"Takkan waktu buat tak perasan"
"Dia suruh kita berhati-hati"
Bagaimanapun, sebilangannya pula menyelar respon berkenaan kerana yakin bahawa kejadian sebegitu tiada yang mustahil, cuma belum terjadi kepada diri sendiri sahaja.
Tinggalkan Komen