Program kerohanian yang menampilkan PU Azman atau Cik Man di Suria FM dilaporkan telah bertukar tangan.
View this post on Instagram
Ustazah Asni ganti Cik Man?
Memetik sumber Harian Metro, segmen yang bersiaran setiap hari Jumaat itu kini bersama Ustazah Asni Mansor.
Bagaimanapun, penggantian Cik Man masih menjadi tanda tanya memandangkan penampilannya sebelum ini sudah sebati dengan stesen radio berkenaan yang cukup menghiburkan pendengar.
Malah, segmen itu juga turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.
View this post on Instagram
Namun begitu, Pengurus Besar Suria FM iaitu Dj Lin masih belum memberi sebarang respon berhubung perkara tersebut.
Tinggalkan Komen