Solat dalam air elak banjir lagi, individu dakwa video tular berlaku di Pakistan?

Sudah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk senantiasa menjaga solat mereka sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah sejak dari zaman nabi lagi.

Semua panduan telah digariskan, namun jangan tak percaya telah muncul pelbagai garis panduan baru yang mana dilihat agak bertentangan dengan syariat Islam.

Ramai sinis lihat jemaah solat di takungan air

Misalnya sepertimana yang berlaku di dalam video ini yang menyaksikan sekumpulan jemaah sedang mendirikan solat di kawasan takungan air.

 

 

"Makin rosak agamaku"

Menerusi sorotan berdurasi 16 saat itu, kelihatannya tidak banyak pergerakan yang berubah, cuma majoritinya berpendapat kawasan solat mereka kotor dan tidak sesuai.

 

"Pentingnya berakal"

"Itulah pentingnya ilmu"

 

Bersangka baiklah

Bagaimanapun, ada juga individu yang berbeza pendapat dengan meminta orang ramai bersangka baik terhadap video berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku di Pakistan yang mana semua sedia tahu bahawa negara itu baru sahaja ditimpa musibah banjir dan kemungkinan tiada kawasan bersih untuk mendirikan solat.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen