Pada Sabtu lalu, kita menyaksikan ketibaan pemimpin-pemimpin dunia tiba di Kota London bagi menghadiri istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II yang telah berlangsung di Istana Buckingham.
Antara ketua negara yang hadir adalah Presiden Biden, Maharaja dan Maharani Jepun, Yang di-Pertuan Agong Malaysia iaitu Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersama Raja Permasiuri Tunku Azizah Aminah dan ramai lagi.
Media Barat lapor pemimpin dunia kelas rendah?
Namun begitu, apa yang menjadi bualan dan perhatian apabila media Barat dalam Twitternya melaporkan pemimpin yang menaiki bas ke pemakaman Ratu Elizabeth adalah pemimpin kelas rendah.
"Presiden Biden akan membawa kereta berperisainya ke Westminster Abbey untuk pengebumian permaisuri minggu depan, manakala pemimpin dunia yang 'lebih rendah' perlu berurusan dengan bas yang dikongsi."
Gambar naik bas ke Istana tular
Kontroversi itu tercetus selepas baginda dan Permasuri menaiki bas untuk hadir ke Istana Buckingham, walhal Presiden Biden dan beberapa pemimpin lain menaiki kereta khas memasuki perkarangan istana.
Konvoi ketua negara naik bas jadi bualan
Susulan perkara tersebut, rata-rata netizen melihat ketidakadilan terhadap cara pengendalian berat sebelah pihak istana.
"Perlu ke tulis lebih rendah?"
Bukan itu sahaja, kenyataan media yang 'berbunyi' sebegitu juga dilihat agak tidak profesional dan boleh mencetuskan salah faham banyak pihak di luar sana.
"Macam tu je label Agong?"
"Mungkin diaorang rasa lebih hebat"
Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik hantaran tersebut, media 'The Times and The Sunday Times' telah mengubah tajuk hantaran sekaligus bagi menjernihkan semula keadaan.
Tinggalkan Komen