Sebab bapa tiri kerja kerajaan, gadis dedah dipujuk suruh tarik laporan?

Semalam, tular hantaran di Facebook menyaksikan keadaan seorang gadis yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa dera bapa tiri.

 

Gadis dakwa jadi mangsa dera bapa tiri

Antara individu terawal yang berkongsi kisah gadis berusia 19 tahun adalah pemilik akaun Facebook bernama Bella Park, termasuklah rakaman suara mangsa menangis dan meraung sewaktu menceritakan semula detik kejadian.

Dipijak, ditendang tanpa simpati

Menurut mangsa, antara bentuk penderaan yang telah dilakukan oleh bapa tirinya adalah pijak kepala sambil hentak menggunakan kaki, pijak mata menggunakan tumit, tarik rambut dan leher, terajang dan lempang berkali-kali.

Sumber mendapati, telah berlaku pertengkaran antara gadis terbabit dengan ibu kandungnya menyebabkan bapa tiri  bertindak di luar jangkaan usainya dia keluar dari bilik air.

 

Mungkin imej teks

 

 

Polis pujuk tarik laporan?

Lebih mengejutkan, mangsa mendedahkan sewaktu laporan dibuat, pihak polis dilihat seolah-olah memihak kepada bapa tirinya yang juga merupakan penjawat awam apabila mereka memujuk agar mangsa menarik semula laporan yang dibuat.

Tegas mangsa, walau apapun yang terjadi dia tetap enggan berbuat demikian dan akan terus 'lawan' kes tersebut.

 

Dirujuk ke pakar mata

Berkongsi pula keadaannya, kini gadis terbabit sedang menerima rawatan di Hospital Taiping ekoran kecederaan serius yang berlaku terhadap matanya.

Hasil pemeriksaan mendapati telah berlaku pergerakan pada anak matanya selain mengalami pecah darah disebabkan hentakan terlalu kuat pada bahagian tersebut.

 

Mungkin imej teks

Walau bagaimanapun, semalam media melaporkan individu yang juga merupakan bapa tiri kepada mangsa telahpun ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian iaitu Superitendan Mazuki Mat, hasil siasatan mendapati laporan polis dibuat remaja terbabit pada 18 Ogos lalu.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen