Orang Dulu-Dulu Kata Kerap Bertengkar Dengan Pasangan Adalah Resipi Hubungan Berkekalan, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya kita dengar jika selalu bertengkar pasti hubungan tersebut mempunyai masalah. Sedangkan menurut orang-orang tua, sebuah hubungan yang halal kerap bertengkar mengenai satu hal yang remah adalah punca satu hubungan tersebut berkekalan. Ia bukanlah pertengkaran yang melibatkan orang ketiga atau kecurangan. Tapi ia lebih kepada perebutan yang mudah seperti berebut televisyen, makanan mahupun selimut. Ramai yang berpendapat pertengkaran mengenai hal remeh ini adalah punca pergaduhan yang besar tapi sebenarnya tidak. Nak tahu kenapa?



Setiap pasangan pasti ada satu perasaan yang sering tidak berpuas hati terhadap pasangan. Jadi jika berlaku pertengkaran pasti perkara-perkara yang tidak berpuas hati itu akan mula dilontarkan atau diluahkan. Jadi pasangan akan merasa lega walaupun akan ada yang terasa hati. Tapi ia adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyelamatkan satu perhubungan. Kalau makan dalam dan memendam rasa sahaja, pasti satu perkara itu akan berlanjutan. Jadi bila nak selesai bukan?

Jika pergaduhan dan pertengkaran itu melibatkan satu hal yang kecil seperti perebutan mampu melahirkan rasa rindu. Mana tidaknya jika pasangan kita merajuk dan kita tidak ada tempat hendak berbual. Mestilah kita rindu nak berbual dengan pasangan kita. Tak akan nak bercakap bersendirian pula. Haa, mesti la kita kan cari pasangan untuk luahkan rasa di hati.

Dan yang terakhir ialah, pasangan akan lebih jujur. Yela, kalau kerap sangat bertengkar mengenai hal yang remeh, mesti la penat. Jadi jujur adalah lebih selamat. Mesti anda atau pasangan akan lebih terbuka untuk memberitahu perkara sebenar berkenaan apa yang anda alami berbanding jika hendak menipu. Hal ini kerana, anda tahu bagaimana keadaan hubungan anda jika anda bergaduh antara satu sama lain bukan?

Tapi ini adalah bergantung bagaimana anda dan pasangan tangani pergaduhan dan pertengkaran tersebut. Hal ini adalah dikongsi oleh orang dulu-dulu bagaimana mereka cuba mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen