Tiada kes cubaan menculik di Kelantan, individu mencurigakan cuma ejen penapis air

Sejak kebelakangan ini, kes penculikan makin membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila ada dari kalangan pelajar sekolah hampir menjadi mangsa mereka.

Terbaharu, media melaporkan terdapat dua kejadian apabila dua pelajar di Kelantan hampir menjadi mangsa culik.

 

Dakwaan cuba culik pelajar tak berasas

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Muhammad Zaki Harun beranggapan bahawa dakwaan cuba culik pelajar di perkarangan sekolah tidak berasas.

"Beberapa posting (hantaran) yang dimuat naik dalam media sosial dan ditularkan mendorong PDRM khususnya kontinjen Kelantan menjalankan siasatan.

"Dakwaan yang mengaitkan individu mencurigakan berada di perkarangan sekolah atau tempat-tempat tertentu juga disiasat oleh pihak polis, namun kesemua dakwaan berkenaan tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak kanak,"

-Zaki Harun-

 

Individu mencurigakan agen penapis air

Katanya, pada 22 dan 26 September pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan cubaan menculik pelajar sekolah rendah masing-masing di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

"Hasil siasatan mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah berkenaan tidak mempunyai niat untuk menculik, sebaliknya mempunyai urusan lain.

"Dakwaan sama turut berlaku di daerah Kuala Krai, baru-baru ini, sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di daerah itu.

"Apabila kita jalankan siasatan, rupa-rupanya individu yang dikatakan cuba menculik itu kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusannya untuk membuat kutipan bulanan dari pelanggan di situ,"

-Zaki Harun-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen