Tiada kesan dera pada anak, ibu didakwa sebab buat laporan palsu

Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung dakwaan anaknya menjadi mangsa dera di sebuah madrasah.

Tertuduh, Zuraina Zamri bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Ibu didakwa buat laporan palsu

Dia didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Namun begitu, peguam bela yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana Zurina hanya suri rumah, manakala suaminya berpendapatan bulanan RM3,000.

Selain itu, tertuduh juga diminta untuk tidak membuat sebarang kenyataan media supaya tidak mengganggu perjalanan kes serta saksi awam.

 

Tiada kesan cedera

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pada 21 Ogos lalu wanita berkenaan telah membuat laporan bahawa anaknya berusia 20 tahun yang menghuni di madrasah itu dipukul dan ditumbuk oleh warden .

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan di Hospital Shah Alam mendapati mangsa tdak mengalami sebarang kecederaan.

Rentetan perkara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan diputuskan 'No Further Action' (tiada tindakan lanjut) terhadap kes berkenaan.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen