Tak dinafikan bahawa individu beruniform sering menjadi perhatian dan bualan ramai.
Ada yang dipuji, namun tak kurang juga yang mengkritik bukan sahaja tugasnya, malah sikap mereka yang adakalanya dilihat kurang memuaskan.
"Ini Polis Bantuan"
Misalnya sepertimana yang dikongsi oleh pemuda ini yang menyaksikan gelagat seorang wanita beruniform didapati gemar melakukan 'content' merepek.
@khaimie9 Polis bantuan!!!kenapa polis regular marah sangat kt diorang ni?sbab diorang ni kadang2 buat vdeo main bedal semacam je,.org awam mna bleh beza pb dengn regular,yang diorang ini polis!dah la tag kat baju tulis polis,sepatutnya polis bantuan,apa yg kau cuba sampaikan ni?jenis rekrut sekejap lepastu sarung uniform ni la jadinya.,.
♬ bunyi asal - Khai
Disebabkan tindakannya itu, tidak semena-mena nama unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'tercemar' apabila rata-ratanya beranggapan dia dari unit berkenaan.
Ramai keliru polis PDRM dengan Polis Bantuan
Justeru itu, dia memuat naik video tersebut beserta dengan penjelasan memaklumkan status pekerjaan wanita itu yang sebenarnya adalah Polis Bantuan.
Ujarnya, tidak semua orang di luar sana tahu berkenaan pangkat dan unit di dalam sesebuah organisasi menyebabkan mereka beranggapan individu beruniform polis semua adalah sama.
"Ini orang kata terpaling polis"
Meninjau ke ruangan komen, netizen bertubi-tubi menyindir akak Polis Bantuan itu yang menurut mereka 'terpaling' polis kerana sanggup menjadikan uniform demi meraih publisiti orang ramai.
"Lebih sudu dari kuah"
"Tunjuklah contoh baik sikit"
Selain itu, mereka turut berpesan kepadanya agar menjaga maruah diri dan pasukan dengan sentiasa menunjukkan sikap serta tauladan yang baik.
"Lepastu PDRM kena kecam"
Tinggalkan Komen