Muka cedera teruk kena serpihan kaca, wanita kongsi detik tayar lori meletup waktu tambah angin

"Biasalah, setiap pekerjaan ada bahaya..."

Demikian antara jawapan yang keluar daripada mulut seorang wanita selepas dirinya berdepan detik hitam apabila tayar lorinya meletup ketika dia mencuba untuk tambah angin.

 

Tayar lori meletup ketika tambah angin

Bercerita lanjut, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Ekin memberitahu sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, tayar lorinya kurang angin.

Jadi, dia kembali semula ke bengkel untuk menambah angin pada tayarnya dan tidak menyangka insiden itu berlaku sehingga membuatkan dia trauma walaupun sudah dua tahun berlalu.

"Pagi tu saya jalan kerja macam biasa...lepastu tayar kurang angin dan saya baliklah workshop untuk tambah angin..."

"Waktu tu, tayar terus meletop kena muka..."

"Saya tercampak..."

Walau bagaimanapun, dia tidak pengsan selepas tercampak beberapa meter disebabkan oleh letupan itu.

Malah, anak kelahiran Johor itu juga tidak perlu menjalani sebarang pembedahan selepas membuat pemeriksaan lanjut di klinik.

"Lepas kejadian tu saya tercampak...bos yang hantar pergi klinik Pontian sebab itu je paling dekat..."

"Nurse cuma bersihkan muka tu je, tak ada operate apapun..."

'Makan' waktu untuk pulih

Susulan insiden letupan itu, Ekin mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka dan matanya akibat terkena serpihan besi dan pasir pada tayar lori tersebut.

Bukan itu sahaja, letupan itu juga memberi kesan kepada telinganya sehingga memerlukan waktu selama 2 bulan untuk kembali pulih.

"Muka saya pedih sangat sebab tayar tu ada serpihan besi cucuk muka dengan pasir... sebab saya kerja tambak pasir."

"Kesan dekat telinga tu lama juga, dalam 2 bulan...masa kena tu memang berdengung telinga."

Namun, apa yang membuatkan netizen mengagumi perkongsian Ekin apabila melihat semangat juangnya untuk sembuh, malah rata-ratanya juga tak habis fikir lihat reaksinya yang tenang berdepan insiden itu.

Adapun begitu, Ekin bagaimanapun akui tidak serik untuk membawa lori seperti biasa, cuma trauma jika perlu pam tayar serta bunyi letupan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen