Demi meraih penonton tertinggi di media sosial, sekumpulan Youtuber dari Brunei yang kononnya ingin membawa kelainan dalam video terbaharunya dikenakan tindakan undang-undang.
'Youtuber' dikecam buat 'content' mengarut
Sepertimana yang dilihat, dalam sorotan itu menyaksikan perlakuan beberapa individu sesuka hati membuka botol air yang berada di peti pasaraya dan meminumnya.
@encikcb #perangaicamhanat #kaurasa??? #akutakgamaktengok #rasanakbagipenyepak #fypシ゚viral ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU - RUNTAH - DJ MANIKCI REMIX
Namun, apa yang menjijikkan apabila mereka meletakkan semula botol tersebut dan mengambil yang baru sebelum bergerak ke bahagian lain.
Pun begitu, ada juga yang cuma singgah minum sahaja, tidak mengambil sebarang produk di situ.
"Ada juga ya macam ni?"
Tanpa sedar, secara tak langsung video itu memberi kesan dan trauma kepada pembeli di luar sana jika mereka terambil barangan yang berstatus 'secondhand'.
"Dah pernah kena"
"Kat Brunei ni..."
Walau bagaimanapun, menurut sumber perbuatan mereka telahpun terbongkar dan sampai ke pengetahuan pihak pengurusan pasaraya.
Malah, kesemua terlibat juga telah dikenakan tindakan.
"Diaorang dah kena tangkap"
Tinggalkan Komen