Kerajaan bersetuju menurunkan kadar tol bagi enam lebuhraya di Lembah Klang.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kadar tol dikurangkan
Melihat kenaikan kos sara hidup ketika ini, Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan mengurangkan tol.
Antara lebuhraya yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
2. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
3. Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA)
4. Lebuhraya Penyuraian Kajang (SILK)
Manakala, dua lagi tol adalah di bawah IJM Corporation Bhd akan dikurangkan pada 1 Januari 2023 yang terdiri daripada:
1. Lebuharaya Kajang-Seremban (Lekas)
2. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
Difahamkan, langkah penstrukturan semula itu akan menyaksikan kerajaan menjimatkan sebanyak RM8.8 bilion pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terbabit.
Tinggalkan Komen