Bukan Sekadar Memenuhi Fitrah Manusia, Ini 6 Sebab Mengapa Anda Perlu Berkahwin Awal.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai anak muda pada masa ini mengambil langkah untuk berkahwin awal. Tapi ramai yang tidak bersetuju akan pendapat ini kerana ia dikatakan gatal atau belum cukup matang untuk melayari alam rumah tangga. Sebenarnya, jika kita tidak mengambil langkah atau memulakan sesuatu, kita tidak tahu adakah kita cukup matang terhadap perkara tersebut. Jadi, berkahwin ketika usia muda ini sebenarnya banyak faedahnya.



1. Mengikut sunah.

Antara sunah yang boleh kita ikuti dari Nabi Muhammad s.a.w, ialah beliau telah berumah tangga ketika usia beliau 25 tahun. Jadi tidak salah bukan, jika kita mengikuti jejak langkahnya. Di samping itu juga, kita akan mendapat keberkatan dengan mengikut dan mencontohi apa yang nabi kita lakukan.

2. Memenuhi fitrah manusia.

Tujuan berkahwin adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang berakal dan bernafsu ini. Jadi dengan berkahwin awal, setiap pasangan untuk mempunyai tempat luahan dan perkongsian yang selayaknya. Tidak lah mereka ini mengadu dan berkongsi kepada orang yang bukan sepatutnya.

3. Elak maksiat dan zina.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika berkahwin lambat ia akan lebih terdedah kepada dosa yang tidak sepatutnya. Ia juga lebih terdedah dengan zina mata dan hati. Mereka ini mungkin lebih cenderung untuk melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu mereka. Dalam Islam, bagi yang belum berkahwin adalah lebih elok berpuasa bagi menahan nafsu. Jadi tidak salah bukan jika memilih untuk berkahwin awal?

4. Pemikiran lebih matang.

Jika sebelum berkahwin semua keputusan dibuat adalah bergantung pada kepuasan diri sendiri sahaja. Tetapi berlainan apabila sudah berkahwin, anda dan pasangan pasti akan memikirkan satu keputusan dengan lebih mendalam. Jadi ada akan merasa lebih bertanggung jawab dan berhati-hati ketika membuat keputusan.

5. Hidup lebih bermatlamat.

Apabila sudah berumah tangga ini anda akan mula menyusun matlamat hidup anda. Anda akan cuba menstabilkan ekonomi anda serta kesihatan ahli keluarga anda. Jadi hidup anda lebih teratur berbanding dahulu sebelum berkahwin.

6. Emosi stabil.

Dahulu sebelum berkahwin mungkin anda akan merasa kurang diberi perhatian dan kasih sayang oleh orang sekeliling anda. Tapi apabila sudah berkahwin, anda mempunyai pasangan yang sentiasa memberi perhatian kepada anda. Jadi emosi anda akan lebih tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Maka dengan itu, berkahwin awal ini bukan di dalam kategori gatal. Tapi ia lebih kepada jodoh tiba dengan awal. Selain itu juga ia, membantu seseorang berubah untuk menjadi lebih bertanggung jawab terhadap hidupnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen