Identiti seorang lelaki berasal dari Morroco bernama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani terus menjadi tanya sehingga kini.
Demikian apabila dia sendiri mengaku sebagai cicit Nabi Muhammad SAW, namun pengakuan tuan empunya diri bagaimanapun dipertikai ramai bilamana masing-masing meragui kenyataan tersebut.
Video kupas udang jadi bualan
Terbaharu, videonya di Tiktok tular dan telah dimuat naik semula oleh rulduff di laman Twitter yang memaparkan hidangan udangnya dikopek oleh seorang lelaki sewaktu menghadiri sebuah majlis.
This vid is not about the lady herself, but that duck lips guys tu! Wei seriously la sampai tahap mcm tu yer depa sanjung dia like ko makan udang ada org tlg kopekkan? Like seriously? Aku ni jahil tang agama but melies ni junjung dia tahap mcm tu eh? pic.twitter.com/F89v0KKMcn
— rulduff 💉❄ (@rulduff) October 15, 2022
Disebabkan itu, tidak semena-mena lelaki berjubah merah tersebut digelar pentaksub kerana tindakannya dilihat agak berlebihan.
"Buatlah sendiri!"
Dalam waktu sama, mereka juga sinis melihat kelakuan lelaki bergelar 'maula' itu yang hanya membiarkan situasi itu berlaku, walhal dia boleh saja menolak untuk dibantu.
"Kena pukau ke masing-masing?"
"Mungkin dia tak suruh"
Walau bagaimanapun, sebahagiannya pula berbeza pendapat apabila mereka beranggapan lelaki berjubah merah itu yang menawarkan diri untuk membantu.
Identiti 'maula' terus jadi misteri
Untuk makluman, ada sumber mendedahkan latar belakang lelaki tersebut yang mendakwa dirinya sebagai keturunan Nabi tidak dapat dikenal pasti di Morocco.
Malah, dia juga dikatakn dan dikaitkan dengan beberapa isu dan kontroversi di Maghribi (Morocco).
Tinggalkan Komen