Hasrat nak bagi jersi pada 'fans' cilik, lelaki tiba2 datang, rampas dari pemain. -"Mana adab?"

Tindakan berani seorang lelaki merampas jersi daripada pemain bola usai perlawanan mengundang pelbagai reaksi sehingga tidak semena-mena dia digelar biadap.

Lelaki selamba rampas jersi dari pemain

Detik mengejutkan itu telah dimuat naik semula di laman Twitter yang menyaksikan perbuatan lelaki berkenaan yang tiba-tiba datang ke arah pemain dan merampas jersi dari tangannya.

 

 

Adapun begitu, jersi tersebut sebenarnya ingin diberikan kepada seorang budak lelaki yang menanti  di luar padang dengan penuh keterujaan.

Malah, dia juga tergamam seketika apabila jersi tersebut dirampas secara spontan oleh lelaki bertopi itu.

 

"Apa punya mentaliti lah ni?"

Menjengah ke ruangan komen, ramai menyelar lelaki berkenaan dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut agak keterlaluan, sekalipun jika niat dia untuk bergurau.

 

"Nak melawak biar bertempat"

"Buruk betul perangai"

 

"Bagilah budak tu"

"Dia bagi, cuma cara tak cantik"

Walau bagaimanapun, ada sumber memaklumkan bahawa jersi tersebut sudahpun dipulangkan kepada budak lelaki berkenaan, namun berlaku sedikit isu apabila mendapati cara lelaki tersebut memulangkannya adalah tidak wajar.

Image

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen