Malang tidak berbau apabila seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan reman selama 6 hari bagi membantu siasatan atas tindakannya membaling pisau kepada adik lelakinya.
Lebih parah, insiden itu membawa kepada kes bunuh pula apabila adik lelakinya berusia 16 tahun maut di rumah mereka di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh.
Gaduh sampai ke rumah
Adapun begitu, daripada sumber berbeza yang diperoleh mendapati insiden itu berlaku sejak dari dalam kereta lagi dan berlarutan sehingga tiba di rumah.
Malah, ibunya juga telah bertindak 'menyebat' mereka dan tidak menyangka si kakak akan bertindak di luar jangkaan.
Remaja ditahan reman 6 hari
Memetik sumber Sinar Harian, perintah reman itu dibenarkan Majistret, Nurmadiana Mamat setelah meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri.
Manakala, adik lelakinya pula akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu hari pada Khamis.
Tiada ahli keluarga keluar mahkamah
Namun begitu, apa yang menjadi tumpuan apabila media mendapati suspek (remaja) itu hadir ke mahkamah tanpa keluarganya.
Dia yang masih bersekolah di tingkatan enam kelihatan keliru setelah perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadapnya.
Difahamkan, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tinggalkan Komen