Anak tikus berkeliaran dalam cili kering, netizen harap tak diimport ke Malaysia

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai khazanah  yang terdiri daripada pelbagai sumber baik secara semula jadi mahupun bukan semula jadi.

Namun, ada beberapa bahan memerlukan negara kita untuk mengimportnya daripada luar negara dan sistem itu sudah dilakukan sejak dari zaman dulu lagi.

Geli! Tikus berkeliaran atas cili kering

Tidak semua, mungkin ada segelintir dari kalangan kita akan terfikir  cara sesebuah syarikat luar negara mengendalikan produk mereka, terutamanya kepekaan mereka dalam aspek kebersihan.

Barangkali, bimbang andai situasi sama berlaku sepertimana yang dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh Malaysian Update di laman Tiktok.

 

@malaysianupdatenews Fuhh meriah 😂 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ Meeoooow - KHBS0

 

Menerusi sorotan tersebut, kelihatan puluhan anak tikus berkeliaran di dalam timbunan cili kering ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja pemprosesan.

Lebih menggelikan, mereka mengumpulkan cili kering itu menggunakan kaki walaupun ada pengaut sewaktu melakukan kerja tersebut.

"Stres fikir"

Meskipun kejadian dilaporkan berlaku di luar negara, netizen berharap agar syarikat tersebut tidak mengeksport produknya ke Malaysia.

"Menakutkan!"

 

 

"Dah boleh pantang cili"

Masing-masing jadi tak keruan melihat cara mereka mengendalikan cili kering itu, terutamanya bagi individu yang amat gemar menggunakannya dalam setiap hidangan.

 "Tak selera makan sambal"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen