Memetik sumber Harian Metro, polis akan menyegarakan siasatan kes kematian tragis remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai tertusuk pisau pemotong sayur dibaling kakaknya.
Polis segerakan siasatan dan pertuduhan
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kakak mangsa iaitu suspek kes yang berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan remaja perempuan itu memberi kerjasama penuh.
Walau bagaimanapun, pihaknya masih menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.
"Kita faham mereka adik-beradik, kesalahan itu (tetap) kesalahan dan kita tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya."
"Laporan bedah siasat sudah ada, siasatan akan disegerakan dan sekiranya sesuai dituduh, pertuduhan akan disegerakan.
"Selepas siasatan dijalankan, remaja berkenaan juga akan dirujuk bagi menjalani kaunseling bagi tujuan pemulihan,"
-Kamarul Zaman-
Perselisihan faham bawa maut
Terdahulu, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut di kediamannya di Kampung Ulu Pulai di Ulu Choh.
Berdasarkan laporan bedah siasat, punca kematian disahkan akibat pendarahan yang banyak manakala tiada kecederaan lain ditemui di tubuh mangsa.
Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang sekolah.
Tinggalkan Komen