Meskipun berstatus 'secondhand', namun kualiti barangan 'bundle' mempunyai nilai tersendiri yang mana harga jualannya boleh mencecah hingga ribuan ringgit.
Hal itu pastinya membuatkan segelintir pihak tertanya-tanya akan motif penjual meletakkan harga sedemikian dan tidak semena-mena dianggap ambil kesempatan.
Rekaan baju 'bundle' jadi perhatian
Bercerita tentang 'bundle', hantaran seorang pemilik akaun Facebook bernama Jawa Bundle menjadi perhatian dan bualan pengguna platform berkenaan.
Ia susulan melihat rekaan baju t-shirt tersebut yang diletakkan daum ganja yang sudah menjadi serbuk di bahagian hadapan.
Turut kelihatan tulisan pada baju itu arahan yang meminta agar si pemakainya nanti menggunakan 'bahan' itu di waktu kecemasan sahaja.
"Bukan baju aku"
Menurut pemilik akaun, gambar tersebut diambil daripada penjual 'bundle' Thailand, namun difahamkan hantaran tersebut telahpun dipadam.
Penjelasan itu dibuat agar orang ramai jelas bahawa bukan dia penjual baju tersebut.
Ujarnya, dia menerima banyak pesanan yang rata-ratanya bertanya tentang baju itu serta harganya kerana mereka berminat untuk beli.
Tinggalkan Komen