Apakah Perkara Yang Bertentangan Dalam Islam Ketika Melangsungkan Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin?

Ada beberapa perkara bakal pengantin perlu tahu sebelum melangsungkan perkahwinan. Jom baca! 


1. Hantaran.

Daripada Hadis riwayat Abu Daud: Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".

Dan daripada Hadis riwayat Ahmad: sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya".

Maka, diharuskan jika kedua-dua belah pihak mampu untuk meletakkan hantaran mengikut peredaran masa, akan tetapi mas kahwin adalah aspek yang paling utama dalam pernikahan bukannya hantaran. Ini kerana hantaran cuma adat melayu sahaja.

2. Persandingan.

Persandingan juga adalah adat sahaja kerana ia lebih bersumberkan dari ajaran agama Hindu, malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini. Ketika majlis bersanding, banyak berlaku pembaziran dan telah disebut di dalam Al-Qur’an pembaziran adalah amalan syaitan kerana kos yang sangat tinggi.

Firman Allah swt maksudnya : “Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau”(Surah al-Isra': 26)

3. Pengantin perempuan bersolek berlebihan.

‘Li Tadlis’ bermaksud mengubah. Menyolek seorang wanita sehingga mengubah mukanya menjadi orang lain dan akan menimbulkan syak wasangka terhadap orang ramai termasuk dalam hukum ‘Tabarruj’.

Disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a katanya :

"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."

Cukup sekadar menyolek untuk menaikkan seri muka, supaya muka pucat tidak kelihatan. Bersederhana lah anda ketika bersolek.

Malah Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) diadakan dengan cara yang sederhana tetapi meriah. Cukup jika ia tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja. Tidak perlu sehingga membuat pinjaman untuk melangsungkan perkahwinan dan bermegahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen