Pilihan Sendiri Atau Pilihan Keluarga, Mana Lebih Bahagia?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang jodohnya telah ditetapkan ketika dalam kandungan lagi. Cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana kita bertemu dengan jodoh kita. Adakah yang berjumpa setelah bertahun lamanya menjadi ‘single’. Ada pula yang jumpa ketika di alam persekolahan Dan ada juga yang menjumpai jodoh ini apabila ibu bapa yang memilihnya. Agak-agak kita yang mana satu? Adakah kita akan bertemu jodoh di laman sosial?



Orang kata berkahwin dengan orang yang kita cintai itu seronok dan impian semua orang. Yela, kita sudah kenal hati budi pasangan kita itu. Perangai buruk dia pun kita dah tahu. Jadi tidak susah lah untuk saling memahami dan melengkapi. Lagipun kasih sayang itu telah wujud, jadi kalau apa-apa berlaku kasih sayang itu mampu menjadi pertahanan antara dua hati ini. Lebih-lebih lagi kalau yang sudah bercinta bertahun-tahun, mestilah anda dan dirinya saling memahami bukan?

Tapi bagaimana agaknya apabila jodoh kita itu adalah pilihan keluarga. Memanglah ramai yang berkata bahawa bercinta selepas nikah itu seronok, tapi macam mana kita nak sebumbung dengan orang yang kita tak kenal ini? Bagaimana kita nak tangani dan memahami apa yang dia suka dan dia tak suka? Lagi susah apabila dapat tahu dahulunya dia mempunyai kekasih hati sebelum berkahwin. Macam mana kita nak tambat hati si dia agar terpaut kepada diri kita. Banyak perkara yang perlu dimulakan dan difikirkan.



Sebenarnya, apabila dikatakan jodoh itu datang dengan pelbagai cara, ini bermakna jika kita berkahwin atas pilihan ibu bapa atau sendiri itu adalah dikatakan jodoh. Cuma jika tidak mampu bertahan, seperti putus di tengah jalan ataupun bercerai. Itu dikatakan jodoh itu hanya setakat itu sahaja. Ia dipanggil jodoh juga, cuma jodoh yang sementara bukan yang hingga akhir hayat.

Jadi jangan risau, sama ada jodoh itu pilihan anda atau pilihan ibu bapa anda pasti akan bahagia pada akhirnya. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita mengapai bahagia itu. Melalui cara yang mudah atau sebaliknya. Hal ini kerana setiap orang mempunyai jalan hidup yang tersendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen