Kelebihan Memiliki Pasangan Anak Bongsu.

Anak bongsu suka memerhati lingkah laku dan perbuatan abang serta kakak mereka. Dengan pemerhatian inilah menyebabkan mereka banyak belajar tentang kehidupan sebenar sebelum mendirikan rumah tangga lagi. Jika semasa kecil dia seorang yang manja dan suka merenget, tetapi dengan usia semakin meningkat, dia akan banyak dipengaruhi oleh persekitaran yang menyebabkan mereka lebih matang untuk menempuh kehidupan.



1. Pengalaman menjaga anak saudara.

Jika seorang wanita itu mempunyai anak saudara yang masih kecil dan mereka sentiasa didedahkan dengan penjagaan bayi, ini menyebabkan mereka pandai dalam menjaga anak-anak kelak. Seorang lelaki pula akan pandai mengawal anak-anak ketika sudah bergelar bapa kerana mereka sering bermain dan sangat rapat dengan anak saudara. Pengalaman itu boleh diadaptasikan di alam rumah tangga.

2. Pandai menguruskan rumah.

Mana tidaknya, jika kakak serta abang tiada di rumah sewaktu mereka masih bujang, anak bongsu perempuan akan membantu ibu untuk melangsaikan pekerjaan rumah. Memasak, mengemas rumah, menguruskan pakaian dan sebagainya. Yang lelaki pula akan membantu ayah saat dia memerlukan. Ok. Penting nak habaq. Ni kalau dapat jenis yang rajinlah ya. Kalau malas, tak boleh buat apolah.

3. Pendidikan rumah tangga.

Mereka akan terdedah dengan serba sedikit tentang penjagaan pasangan. Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku saat-saat genting, nasihat-nasihat mereka boleh dapatkan daripada adik beradik yang lain sekiranya adik beradik itu cakna dan mengambil berat hal kekeluargaan.

4. Mempunyai role model.

Anak bongsu akan menjadikan adik beradik mereka yang lain sebagai role model dalam kehidupan. Yang baik diambil teladan, yang buruk dijadikan sempadan.



Apapun, mereka manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ada sikap-sikap yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Jadi, bersikap positiflah dengan mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen