Bagaimana Untuk Berubah Menjadi Insan Yang Baik Melalui Solat?

“Orang yang baik belum tentu menjaga solatnya, tetapi orang yang sentiasa menjaga solat sudah tentu dia di kalangan orang yang baik-baik”

Pernah dengar kata-kata azimat di atas? Perbaiki lah solat untuk menjadi orang yang baik-baik dan sejurus selepas itu anda perlu lah beristiqomah. Dalam mencari jodoh, sudah pasti anda inginkan pasangan yang baik-baik dan menjaga solatnya, kelak sudah pasti si dia akan menjaga anda dengan baik.

“Jika si dia menjaga solat dan sentiasa perbaiki solat, dengan izin Allah si dia pasti akan menjaga anda dengan sebaik mungkin”

Untuk berubah menjadi insan yang lebih baik daripada masa silam, sudah tentu perbaiki solat dahulu. Berkemungkinan anda sentiasa kecundang ketika anda masih jahil. Tiada guru, tiada sokongan, persekitaran tidak islamik yang mengakibatkan anda tersesat.

Ketika anda tersesat, anda berdoa untuk dipertemukan jodoh yang dapat membimbing anda hingga ke syurga. Tetapi anda lupa, jika mahu kan orang yang baik-baik muncul dalam hidup anda, anda sendiri perlu menjadi baik dan memberi manfaat yang berfaedah pada orang sekeliling.

Jadi bagaimana anda hendak memulakan langkah yang pertama dan terus beristiqomah?

1. Jadikan solat sebagai amalan dan takut dengan azab-Nya.

Anda perlu makan untuk tidak berasa lapar. Anda perlu kan telefon bimbit untuk menghubungi orang yang tersayang. Jadi, amalkan solat di awal waktu seperti mana anda berasa lapar dan rindu pada orang yang tersayang. Amalkan juga menghadiri majlis ilmu dan membaca bahan bacaan yang berilmiah.

2. Setiap kali usai solat, baca lah Al-Qur’an.

Setiap kali anda membelek telefon bimbit, apakah kandungan bahan bacaan di internet yang anda sering baca? Jadi, gantikan dengan Al-Qur’an dan tolak ketepi telefon bimbit ketika solat.

3. Surah kegemaran.

Anda pasti ada drama kegemaran yang sering anda tonton. “Haaa, dah pukul 7 drama melayu, tak sabar nak tengok” Jadi, tukarlah dengan “Tak sabar nak solat maghrib, lepas solat boleh baca surah Ar-Rahmaan”. Dengan kaedah ini, jika setiap usai solat anda membaca surah kegemaran, pasti anda tidak akan meninggalkan solat.

4. Mungkin di sini, anda boleh jadikan sebagai rujukan dan kongsi pada orang lain.

Subuh = Surah Yaa siin.
Dhuha = Surah Al-Waaqi’ah
Zohor = Surah Ad-Dukhaan
Asar = Surah Al-Waaqi’ah
Maghrib = Surah Ar-Rahmaan atau Al-Kahfi setiap kahmis malam jumaat
Isyak = Al-Mulk dan As-Sajdah

Artikel lain yang berkaitan, anda boleh baca:

1. Ketika Hati Tersesat, Kitab Allah Yang Aku Cari
2. Solat Tak Tinggal, Tapi Panas Baran?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen