Jangan Pandang Ku Sebelah Mata.

Hari ini ramai orang menjadikan kekayaan sebagai kayu ukur sebuah kejayaan. Untuk membina sebuah rumah tangga sekalipun, ramai ibu bapa menanggap perkerjaan yang berjawatan, seorang jutawan dapat menjamin keharmonian dalam berumah tangga. Oh no. Hakikat sebenar permulaan  membina rumah tangga adalah diawali dengan kesusahan. Kesusahan itu membuatkan sebuah pasangan lebih cekal untuk menempuh cabaran seterusnya apabila bergelar suami dan isteri.



Perkahwinan bukanlah seperti drama di televisyen pada hari ini. Siap akad nikah, sudah tersedia kereta mewah, rumah besar, wang yang cukup banyak. Itu hanya khayalan semata-mata. Ilusi penulis skrip untuk hiburan penonton.

Apabila seorang lelaki berjumpa dan tulus menyatakan kesetiaanya untuk membina rumah tangga bersama seorang wanita idamannya, dia juga tidak sekalipun pernah merosakkan atau sama sekali menyentuh serta mencemari kehormatan wanita tersebut, dia sebenarnya telah menyediakan diri untuk menjadi yang terbaik buat wanita itu.

Pekerjaan yang halal yang diusahakan oleh seorang lelaki adalah lebih bermakna daripada kaya tapi status kewangannya diragui. Sumbernya haram atau syubhah. Terlalu ramai contoh yang diberikan depan mata. Setelah bernikah, Allah mencukupkan rezeki mereka. Permulaanya ya, memang susah. Lama-kelamaan kehidupannya semakin senang kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki untuk dinafkahkan kepada keluarga. Lupakah kita akan janji Allah:

 

وَأَنْكِحُوا الأيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

“Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang yang layak bernikah dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.”  
[an-Nur: 32]



Ikatan dan perhubungan yang dijaga sungguh-sungguh sebelum melangsungkan majlis, perkahwinan tersebut juga akan dijaga oleh Allah. Kerana perkahwinan tersebut diberkati oleh Allah. Jadi, usah memandang rendah kepada yang mempunyai pekerjaan biasa. Kita tidak mengetahui kelak Allah memberikan rezeki kepadanya melalui apa.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen