Teman Lelaki Anda Sayang Akan Anda Tapi Si Dia Benci Lima Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang bercinta ini pasti sangat menyayangi antara satu sama lain. Walaupun pasangannya itu tidak sempurna tapi ia tetap disayangi. Seorang lelaki ini kadang kala bila sudah terlampau mencintai pasangannya, pasti sukar untuk meluahkan keburukan pasangannya. Walaupun dia sendiri tidak boleh tahan akan perangai teman wanitanya. Tapi kerana sayang lalui sahaja lah bagi dirinya. Lagipun mana nak cari yang baik seperti dirinya, jadi hargai apa yang ada di depan mata. Tapi apa yang teman lelaki anda benci itu?



1. Bau nafas.

Setiap orang pasti akan mempunyai masalah mulut berbau. Cuba periksa adakah nafas anda berbau? Jika ya, sebelum berjumpa dengannya sediakan sedikit ubat kumur agar hilang sedikit bau nafas anda. Atau lebih elok jika anda pergi membuat pemeriksaan doktor untuk mengatasi masalah nafas berbau anda.

2. Sikap kebergantungan.

Sikap kebergantungan ini mungkin akan disukai oleh sesetengah lelaki tapi mungkin juga tidak. Anda tidak pasti bagaimana pasangan anda sebenarnya. Jadi lebih elok anda mula belajar bergantung pada dua kaki anda terdahulu sebelum meminta bantuan darinya. Hal ini kerana, ramai lelaki pada masa kini lebih sukakan wanita yang lebih berdikari. Jadi awas, jangan disebabkan sikap anda ia memakan diri nanti.

3. Penggunaan makeup.

Bagi seorang wanita, penggunaan barang makeup adalah untuk menambah keyakinan diri. Di samping menambah kejelitaan dirinya. Tapi bagi seseorang lelaki makeup itu melecehkan dan jika anda memakai makeup yang berlebihan itu memalukan. Terutama jika mengenakan gincu yang terlalu merah. Bagi mereka ia amat menjengkelkan.

4. Emosi yang berubah-ubah.

Sudah menjadi sifat wanita yang sememangnya emosinya berubah-ubah. Kejap marah, kejap suka dan kejap akan merasa sedih. Tetapi jika anda pandai mengawal emosi anda, pasti teman lelaki anda akan semakin sayang pada anda. Jadi cuba kawal emosi anda dengan baik.

5. Sikap suka menjerit.

Ini juga satu kelakuan wanita, apabila suka menjerit, menangis juga menjerit, itu belum lagi jika memandu pun ada yang suka menjerit. Lebih parah lagi jika anda suka menjerit secara tiba-tiba. Ia agak menyakiti telinga teman lelaki anda. Apa kata anda cuba bertenang apabila berhadapan dengan sesuatu situasi jangan guna jeritan anda untuk menenangkan diri anda.

Mungkin kerana teman lelaki anda sayang dengan anda, maka si dia tidak berani meluahkannya pada anda. Si dia hanya mampu bertahan untuk setiap kelakuan anda yang tidak disenangi kerana jika diluahkan ia mungkin akan melukakan hati anda. Jadi jika anda mempunyai ciri seperti di atas cuba perbaiki demi hubungan anda berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen