Lima Perkara Yang Lelaki Cari Dalam Diri Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap lelaki pasti akan ada ciri idaman yang akan dicari dalam diri setiap pasangannya. Walaupun perkara itu tidak wujud sejak mula, tapi si dia akan mula membentuk pasangannya agar menjadi seseorang yang dia sukai. Tapi bagi wanita yang masih bujang, mungkin anda boleh terapkan lima perkara ini bermula dari sekarang. Mana tahu ia mampu melahirkan rasa keyakinan anda untuk menambat hati lelaki di luar sana.



1. Seorang yang berdikari.

Ini adalah perkara yang lelaki masa ini sukai. Di mana ia dapat memiliki seorang wanita yang pandai berdikari tanpa mengharapkan bantuan darinya. Hal ini kerana, jika memiliki wanita berdikari ini, ia mampu meringankan beban apabila berumah tangga nanti. Iaitu apabila tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bersendirian tapi boleh dikongsi bersama. Sebagai contoh, jika si suami membayar rumah sewa manakala si isteri akan membayar kereta dengan wang gajinya sendiri. Jadi wanita berdikari ini pasti lebih suka bekerja berbanding menjadi suri rumah.

2. Seorang yang jujur.

Jujur itu penting dalam diri setiap orang. Jadi tidak mustahil seorang lelaki itu akan mencari seseorang yang jujur dalam hidupnya. Hal ini kerana, setiap perhubungan yang jujur akan lebih bertahan lama berbanding dengan penipuan. Jika pasangannya gemar menipu, bagaimana ia ingin mengaku salah dirinya sendiri.

3. Seorang yang memberinya ruang.

Hubungan yang penuh dengan terikat ini tidak akan seronok. Hal ini kerana, pasangan lebih mudah untuk merasa bosan dan rimas. Oleh itu setiap lelaki akan memilih pasangan yang rela memberi ruang yang diperlukan untuk dirinya dan rakan-rakannya. Ia juga lebih memahami untuk apa setiap ruang yang diberikan itu.

4. Seorang yang menghormati.

Seseorang wanita yang menghormati pasangannya tidak akan mudah untuk meremehkan diri pasangannya. Jika seseorang isteri itu menghormati suaminya, pasti apa jua yang berlaku dalam perhubungannya itu tidak akan diceritakan kepada orang lain oleh isterinya. Hal ini kerana, seorang isteri yang menghormati suaminya, tahu bagaimana untuk menjaga air muka suaminya.

5. Seorang yang bijak.

Wanita yang bijak pasti akan menguruskan rumah tangga dengan baik. Setiap perkara yang dilakukan pasti akan menggunakan kebijaksanaan dirinya. Jadi sebagai pasangan wanita bijak ini, biasanya mereka tidak perlu risau dalam setiap pengambilan keputusan yang dilakukan olehnya.

Lima ciri ini mungkin menjadi pilihan bagi setiap lelaki, tapi lebih elok jika anda hanya menjadi diri anda sendiri apabila anda bertemu dengan pasangan anda. Hal ini kerana, menjadi diri sendiri adalah kelihatan lebih tulus mencintai lelaki itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen