5 Tips Untuk Mencari Mr. Right Apabila Anda Sudah Bersedia.

“Jodoh akan datang pada waktu dan masa yang tepat”


Tetapi jika anda sendiri tidak berusaha untuk mencari jodoh, tidak berdoa dan tidak bertawakal, Allah tidak akan membantu anda untuk bertemu dengan jodoh. Jadi, jom baca tips di bawah untuk mencari Mr. Right anda!

1. Bersosial.

Bukan sahaja di sosial media, tetapi bersosial dengan berjumpa rakan baru. Jangan duduk di dalam rumah sahaja tanpa bertemu dengan orang baru. Seumpama, ‘pergi kelas balik kelas, pergi kerja balik kerja’, anda seperti tidak berkomunikasi dengan orang lain. Anda hanya dengan dunia anda sahaja, jadi bagaimana mahu menjemput jodoh, bukan?



2. Menerima kekurangan insan lain.

Anda seperti mahu insan lain juga menjadi seperti anda. Anda menganggap, diri anda sudah cukup bagus sehingga kan tiada orang lain yang layak mendampingi anda. Jangan begitu, anda perlu menerima kekurangan mereka, malah melihat dari perspektif lain dan tidak cenderung terlalu negatif terhadap mereka. Cuba berfikiran lebih terbuka.

3. Memperbaiki sikap anda.

Panas baran, ego, tidak boleh menerima kritikan dan pendapat orang lain, malah anda sahaja yang betul. Anda seperti tidak mahu kelihatan lemah dan bersalah dalam apa jua situasi. Anda harus memperbaiki sikap begini dan belajar untuk mencintai diri sendiri supaya insan lain dapat menerima dan menyayangi diri anda.



4. Menjadi lebih feminin.

Anda adalah wanita tetapi tidak cukup feminin. Tahukah anda bahawa lelaki gemar dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri perempuan melayu terakhir, memakai baju kurung, tudung yang simple, berhias untuk menaikkan seri muka dan sekadar bersederhana dalam penampilan. Tidak menjerit dan dapat mengurangkan hilaian gelak tawa anda sudah cukup lelaki dapat merimanya.

5. Jangan monopoli perbualan anda dengan si dia.

Monopoli? Ya, anda hanya berbual tentang diri anda sahaja. Jangan terlalu obsess tentang diri anda sehinggakan membuka aib kepada si dia. Anda perlu memberi ruang pada si dia untuk bercerita tentang mereka juga. Jangan jadi seperti

“Hari tu kucing saya mati”

“Kucing saya pun mati juga seminggu yang lalu”

Anda perlu respon seperti “Ouh, yeke, awak menangis ke? Jadi apa yang awak buat selepas itu” dengan komunikasi begini, si dia pasti nampak bahawa anda boleh di ajak untuk berbual dan bukan seorang yang membosankan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen