Lima Cara Tangani Pasangan Yang ‘Queen Control’.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan ini pasti akan mendapat yang berlawanan perangai. Kalau yang sama perangai sahaja mestilah tidak seronok. Hal ini kerana setiap pasangan diciptakan untuk saling melengkapi. Walaupun kita tidak suka akan sesuatu perkara dari pasangan kita, kita tidak boleh terus membuang dirinya. Begitu juga dengan pasangan yang suka mengawal dan kita perlu mengikut kepalanya. Jika anda masih boleh mengikuti rentaknya maka ikutkan sahaja. Jika tidak mungkin anda boleh ikuti tips ini.



1. Bercakap melalui perasaan.

Anda hanya perlu jujur sahaja dengan pasangan anda. Luahkan apa yang tersimpan di hati bahawa perangainya itu melukakan hati anda dan merosakkan perhubungan. Jika si dia mencintai anda, si dia perlu sedar tentang pandangan anda. Bersikap jujur dan tenang ketika berbicara mengenai perasaan anda pasti akan lebih mudah ditangani. Jangan dibiarkan anda dilayani seperti kanak-kanak atau seperti patung.

2. Berdiri untuk keutamaan anda.

Anda perlu tetap dengan pendirian anda, jangan sekejap itu dan sekejap ini. Anda sepatutnya mempunyai hak untuk melakukan perkara yang penting dalam hidup anda dan mampu membuat anda hidup bahagia. Jelaskan dengan jelas kepada pasangan anda bahawa anda tidak mahu menyerahkannya, mengawal perkara yang penting kepada anda secara peribadi.

3. Jangan bergantung pada pasangan.

Kebebasan penggunaan wang yang sedikit itu penting, jangan biarkan si dia mengawal wang anda. Hal ini akan menyebabkan si dia merasa lebih berkuasa, dan berhak untuk membuat keputusan untuk anda. Di samping itu, ia juga akan membuat anda mengikuti pilihan yang dibuat olehnya.

4. Mempunyai hubungan luar dari perhubungan.

Menjaga hubungan dalam percintaan itu penting tapi jangan pula sehingga anda tidak mempunyai rakan lain untuk berkongsi segala masalah anda. Cuba untuk mempunyai hubungan luar dengan cuba bergaul dengan rakan-rakan anda, di samping menikmati hobi yang anda sukai. Ini akan memberikan kesan positif kepada serta mampu membuat anda untuk berdiri di kaki sendiri. Di mana ia akan menambah kekuatan dalam diri anda.

5. Sayang akan diri sendiri.

Cuba anda lebih menyayangi diri anda berbanding pasangan anda. Letakkan diri anda yang paling utama dalam segala hal. Apabila anda menyayangi diri anda lebih maka anda akan mengutamakan keperluan anda terdahulu berbanding pasangan anda.

Sebenarnya, jika anda mendapat pasangan yang suka mengawal ini, adalah lebih baik jika anda banyakan sabar dalam membentuk dirinya yang baru. Di samping itu berlaku jujur dalam semua perkara agar memudahkan komunikasi antara anda dan pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen