Perkahwinan Menurut Islam Itu Mudah. Kenali Antara Tuntutan Agama dan Adat Dalam Perkahwinan.

Berbicara mengenai perkahwinan, rata-rata orang muda di Malaysia akan menjadi risau berikutan adat Melayu yang sangat dipegang kuat oleh ibu bapa. Berikut kami senaraikan antara tuntutan agama dan adat dalam perkahwinan untuk senarai semak bagi tujuan perkahwinan anda dan pasangan kelak. Adat tidak dilaksanakan pun tidak mengapa. Asal yang wajib menurut agama, kita lakukan.


AGAMA.

1. Akad nikah.

Akad adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan dalam Islam. Jika tidak dilaksanakan, maka perkahwinan tersebut tidak sah. Perlu mengikut rukun dan syarat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

2. Mas kahwin.

Ini hal adalah wajib diberikan oleh pihak lelaki kepada seorang wanita. Samaada diberikan dalam bentuk wang, emas atau pemberian-pemberian lain menurut persetujuan kedua-dua pihak.

3. Mengadakan kenduri.

Kenduri bertujuan meraikan perkahwinan tersebut. Buatlah sekadarnya walaupun dengan seekor kambing menurut Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan menghebahkan perkahwinan tersebut dan terhindar daripada fitnah apabila pasangan tersebut berdua-duaan dikhalayak ramai.

4. Sedikit hiburan.

Hiburan dalam perkahwinan adalah dibenarkan. Tetapi tidaklah sampai melalaikan. Buat sekadarnya tanda kegembiraan meraikan perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan yang dihidangkan arak adalah dilarang dalam Islam.


ADAT.

1. Hantaran.

Hantaran adalah pemberian wang dari pihak lelaki kepada pihak wanita. Ia untuk menampung kos kenduri yang ingin dilaksankan. Perkara ini tidak dituntut dalam Islam. Jika masih berterusan, berbincanglah dengan ahli keluarga agar mempermudahkan urusan tersebut. Jika sama-sama kedua-dua pihak dapat menyumbang dalam meraikan majlis tersebut, bukankah itu lebih baik.

2. Hantaran barang.

Keperluan setelah nikah adalah lebih penting daripada barang pribadi yang kadang kala tidak digunakan oleh pengantin tersebut. Jadi, jika tidak dilakukan pun tidak mengapa. Atau berikan saja hantaran dalam bentuk barang keperluan rumah. Okey juga tu.

3. Pelamin.

Pelamin digunakan untuk tempat bergambar. Tempat kenang-kenangan. Boleh jika mahu dibuat, tapi berpadalah. Usah sehingga membazir.

4. Makanan pengantin.

Juga tidak dituntut untuk melakukannya. Hidanglah sekadarnya mengikut kemampuan. Jika tidak perlu, usah dipaksa bagi melaksanakannya.

5. Cenderamata.

Untuk meraikan kehadiran tetamu, tidak mengapa untuk diberikan. Sebaiknya mengikut bajet yang ditetapkan. Bagi, dapat pahala. Tak bagi, tidak mengapa.

Antara perkara haram dilakukan dalam majlis perkahwinan adalah lelaki memakai inai, mandi bunga dengan mengunakan mentera yang tidak sepatutnya, menepung tawar yang menjadi kebiasaan orang hindu dan make-up yang berlebihan. Berhati-hatilah dalam mengadakan maslis perkahwinan. Pastikan perkara yang dilakukan selari dengan agama. Mudah-mudahan perkahwinan tersebut diberkati oleh Allah. Jadi, buatlah pilihan yang bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen