Jangan Lakukan 6 Perkara Ini Setelah Putus Cinta.

Anda seperti tidak boleh hidup tanpa pasangan, malah anda seperti  tidak percaya bahawa anda single dalam sekelip mata. Anda tidak mampu hidup dalam kesunyian dan anda perlukan seseorang untuk menghilangkan rasa sunyi tersebut.

Jadi, apakah perkara yang anda patut elakkan dan tidak patut dilakukan setelah putus cinta? Jom baca!



1. Jangan mencari pengganti sementara hanya untuk menyakitkan hati bekas kekasih.

Anda mempunyai ramai kenalan yang mungkin mahu kan hubungan cinta dengan anda. Anda pula tanpa memikir dengan panjang, menjalinkan hubungan dengan kenalan semata-mata untuk membuat bekas kekasih cemburu terhadapa anda. Padahal bekas kekasih tidak pula berasa cemburu tetapi bersimpati pada anda.

2. Jangan merayu pada bekas kekasih.

Yang sudah lepas, jangan di kenang lagi. Jaga maruah anda, dan tidak perlu mengejar apabila seseorang tidak mahu lagi hidup bersama dengan anda.



3. Jangan menghubungi bekas kekasih.

Padam segala memori anda bersama bekas kekasih, termasuk nombor telefon mereka. Delete! Jika anda tidak memadam nombor telefon mereka, anda berkemungkinan akan menghubungi mereka kembali.

4. Jangan bertindak mengikut perasaan.

Perasaan ketika putus cinta, hati bagaikan hancur berkecai. Jangan sesekali anda memikirkan untuk mencederakan diri sendiri mahu pun membunuh diri. Yang meninggalkan anda hanya seorang, yang menyayangi diri anda adalah ahli keluarga dan sahabat tercinta. Tergamak anda untuk menginggalkan orang yang ramai menyayangi anda?



5. Jangan berjumpa sahabat dan ahli keluarga mereka.

Jika anda telah memadam segala memori tentang bekas kekasih, padam juga tentang sahabat dan ahli keluarga mereka. Jangan menghubungi sahabat mahu pun ahli keluarga bekas kekasih, tidak perlu menagiih simpati pada orang lain pula.

6. Jangan membalas dendam.

Membalas dendam pada bekas kekasih bukan lah solusi yang terbaik kerana anda setiap hari akan memikir tentang mereka malah bertambah perit hati dan perasaan. Belajar untuk melepaskan mereka dan move on!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen