Empat Tanda Si Dia Mula Menjarakkan Diri Dari Perhubungan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin terdapat salah faham yang berlaku yang menyentuh hati pasangan anda. Sehingga si dia mula menjarakkan diri dengan anda. Tapi ketika langkah itu diambil, anda seakan-akan tidak perasan mengenai perkara itu. Anda merasakan ia sama seperti biasa tapi bagi pasangan anda ia adalah sebaliknya. Jika anda tidak berjaya menangkap perbuatannya maka akan kehilangan dirinya. Jadi terdapat empat perkara yang anda perlu teliti terhadap pasangan anda.



Apa yang anda perlu teliti dan fahami ialah tingkah laku pasangan anda. Bagaimana? Jom ketahui.

1. Masa kualiti.

Jika dahulu setiap kali hujung minggu anda dan pasangan akan keluar bersama-sama tapi kini tidak lagi. Pasangan anda sudah mula menggunakan perkataan sibuk dan tidak sempat untuk pergi berjumpa dengan anda. Tetapi masa-masa itu dia berada di dalam rumahnya dan berkurung.

2. Menerima hadiah.

Ketika anda ingin memujuknya, anda memberikannya hadiah sebagai tanda permohonan maaf tetapi reaksi pasangan anda begitu menghampakan. Si dia tidak begitu kelihatan teruja dan gembira sebelum-sebelum ini.


3. Bukti melalui perbuatan.

Pasangan anda juga sudah mula mencari salah anda untuk dijadikan bahan gaduh. Jika dahulu si dia tidak kisah anda keluar bersama rakan anda selama mungkin, kini ia bagaikan satu masalah yang besar anda telah lakukan. Apa sahaja yang anda lakukan pasti tidak kena di matanya.

4. Sentuhan.

Sentuhan yang kasar menambahkan lagi bahawa si dia ingin menjarakkan dirinya dengan anda. Ia juga seiring dengan perbuatan yang kasar. Jika dahulu, tidak mengapa jika anda dan dirinya bertukar telefon bimbit tapi kini ia bagaikan satu masalah besar. Tindakannya merampas secara kasar juga diperlihatkan.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, jika anda dan pasangan anda terlibat dalam pergaduhan, cuba cari jalan yang terbaik. Jangan membiarkan dirinya senyap dengan pergaduhan itu. Hal ini kerana ia akan merosakkan perhubungan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen