Terasa Sentap Dengan Gurauan Pasangan? Ini Empat Cara Untuk Tangani Rasa Sentap.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila dapat pasangan yang suka sangat bergurau ini kadang akal leceh juga. Semua perkara nak dijadikan bahan gurau sampai hati ini naik sentap oleh perbuatannya. Tapi dia hanya buat tidak tahu sahaja. Apabila anda merajuk, s dia masih lagi dengan guraunya. Jadi terpaksalah kita sendiri merawatnya.



Empat langkah ini membantu anda untuk mengawal masalah sentap anda.

1. Belajar memaafkan.

Setiap kata yang keluar dari mulutnya itu, adalah satu perkara yang lucu tapi tidak lucu bagi kita. kadang-kadang niatnya hanya mahu bergurau sahaja tetapi kita pula yang lebih-lebih nak merajuk bagai. Sebenarnya memaafkan ini adalah tindakan yang positif, jadi tidak salah untuk memaafkan orang lain.

2. Berfikiran positif.

Setiap kata-kata guraunya itu anda ambil dari sudut yang positif bukan yang negatif. Nanti makin sakit hati pula anda. Berfikiran positif ini membantu anda untuk menghilangkan rasa negatif yang menguasai anda.


3. Bersyukur.

Ada sepatutnya rasa bersyukur kerana miliki pasangan yang ingin bergurau dengan anda. Bukannya dengan pasangan yang sentiasa serius. Jangan terlalu kuat sentap, ditakuti pasangan anda akan mula mencari yang lain.

4. Ketawa.

Walaupun ada sedikit rasa sentap tapi apa kata anda buat bersahaja saja, apabila si dia gelak anda pun gelak sahaja dengannya. Jika anda tidak melayan kerenahnya pasti si dia kan mula meninggalkan anda.

Tidak salah untuk sentap, tetapi jangan sentap terlalu sangat. Hal ini kerana ia akan memudaratkan diri sendiri. Jadi layankan sahaja pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen