Tiga Perkara Wanita Suka Apabila Lelaki Melakukan Ini Kepadanya.

Lelaki dan wanita adalah dua karekter yang berbeza. Berbeza mengikut cara pemikiran, pergaulan, percakapaan, perasaan misalnya. Oleh itu, setiap pasangan hendaklah mengetahui ilmu mengenai perbezaan jantina ini agar kelak akan mengekalkan perhubungan antara lelaki dan wanita. Tiga perkara yang disukai oleh wanita apabila seorang melakukan ini terhadapnya adalah:



1. Dijaga.

Seorang wanita sifatnya lemah lembut. Dia suka akan lelaki yang menjaganya dengan baik. Apabila dia berada dalam keadaan bahaya misalnya, lelaki tersebut menjadi penyelamat pada ketika itu. Macam dalam dramalah lebih kurang. Tapi, itu hakikatnya. Seorang lelaki kelihatan seperti ‘hero’ dimatanya apabila berada disituasi itu.

2. Dilindungi.

Apabila hak seorang wanita dapat diberikan dengan baik oleh seorang lelaki, dia sangat menghargai anda. Terutama dalam bab nafkah, tempat tinggal dan kenderaan. Berikan mengikut kemampuan. Jika dapat diberikan lebih, silakan. Jika tidak, berpada-pada. Percayalah, seorang wanita akan lebih menghargai seorang lelaki sekiranya lelaki tersebut memberi hadiah dengan cara baik dan berlemah lembut walaupun nilainya kecil berbanding anda berikan hadiah yang mahal dengan cara yang kasar.

3. Diambil berat.

Ketika wanita itu mempunyai masalah, seorang lelaki menanyakan lebih lanjut mengenai hal tersebut, dia juga mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah itu. Situasi begini membuatkan wanita kagum akan kesungguhan yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut lebih-lebih lagi dia berusaha juga untuk membantu.


Wanita pada hari ini banyak dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sekiranya seorang lelaki dapat membantu dia dalam melunaskan tugas tersebut, sudah tentunya dia sangat menghargai lelaki tersebut. Kepada kaum lelaki, selama mereka masih ada, hargailah mereka kerana mereka juga sudah tentu banyak pengorbanan yang telah diberikan untuk anda. Sesekali, tinggalkan gajet buat seketika, dan mulai untuk hargai wanita yang anda sayangi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen