Apabila Kau Menjadi Bulan, Aku Menjadi Matahari.

Allah menjadikan hidup ini berpasang-pasangan. Ia untuk menjadikan kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Setiap pasangan itu mempunyai sikap atau sifat ini dalam diri masing-masing yang perlu diketahui dan dilaksanakan kelak apabila bergelar suami dan isteri. Oleh itu disenaraikan sikap tersebut yang perlu dilaksanakan dengan baik kelak.



Matahari atau lelaki.

• Sifat lelaki itu tegas, lelaki adalah pelindung kepada seorang wanita dan orang di bawah pimpinannya iaitu keluarga mereka.

• Matahari itu sifatnya mengeringkan. Jadi, apabila pasangan sedang mempunyai masalah dan menitiskan air mata, dia sebagai hero menjadi penyelamat iaitu menghapuskan air mata pasangannya dengan penuh kelembutan, hiburan dan kasih sayang.

• Menyinari saat kegelapan dengan memberikan ilmu agama yang baik kepada keluarga, mendidik mereka ke arah kebaikan.


Bulan atau isteri.

• Bulan dimalam hari bersinar tetapi tidak sekuat matahari. Apabila kita melihatnya, kita merasa tenang. Begitu jugalah dengan sifat seorang wanita, dia perlu menjadi orang yang tenang terhadap suami dan keluarganya. Bersama suami lembut, bersama anak-anak tegas dalam kelembutan.

• Kata-kata seorang wanita juga perlu dijaga dengan baik. Bertutur dengan penuh sopan sehingga tidak menyinggung perasaan seorang lelaki. Kerana ditegaskan dalam sebuah hadis, ramai dikalangan wanita akan masuk neraka disebabkan mengingkari suaminya.

• Kerana sifat wanita yang lembut, dia ditugaskan untuk menjaga anak-anak dengan baik. Kelembutan pada seorang wanita itu dapat menjadikan anak-anak seorang yang bersikap sopan tetapi dalam masa yang sama mampu menjadi berdikari jika dididik mengikut jantina masing-masing.


Oleh itu, kenali dan dalami sifat ini baik-baik sehingga kita dapat melaksanakan tanggungjawab kelak dengan mudah. Pastikan tanggungjawab ini tidak tertukar dan sikap atau sifat seorang wanita dan lelaki juga tidak tertukar, kerana apabila tertukar maka tiadalah ketenteraman dalam rumah tangga tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen