Menghormati Perasaan Orang Di Media Sosial.

Hormat menghormati amatlah digalakkan dalam Islam. Apabila bergaul mahupun bersosial di laman sesawang, kita perlu menjaga perasaan sesiapa sahaja. Contohnya, apabila kita muat naik gambar makanan dengan niat menunjukkan kita berada di restoran mewah, maka kita dikira berdosa. Kerana kemungkinan ada diantara rakan di media sosial tidak bekemampuan untuk mendapatkan makanan tersebut, menyebabkan dia terliur untuk menjamahnya.

Begitu juga perumpaannya apabila kita sering memuat naik gambar kemesraan bersama pasangan, gelagat anak-anak dengan tujuan menunjuk-nunjuk, maka berdosa jugalah kita. Maka, jagalah adab-adab di media sosial. Antara sebab perlu menjaga perasaan orang di media sosial kerana:



1. Dendam.

Banyak kes yang terjadi di Malaysia sendiri dimana berlakunya kes sihir menyirih dikalangan masyarakat. Kemungkinan besar terjadi disebabkan dendam atau tidak puas hati seseorang terhadap kita. Dengan adanya gambar di media sosial, menyebabkan mudah bagi mereka untuk melakukan perkara yang dilarang ini.

2. Meluat.

Kadang kala tidaklah bermaksud untuk menunjukkan sesuatu, tetapi perspektif manusia berbeza-beza menyebabkan mereka boleh membuat konklusi sendiri terhadap apa yang dipaparkan. Dengan menunjukkan kemesraan bersama pasangan misalnya, menyebabkan ramai yang menganggap ia adalah keterlaluan. Maka, hindarilah.

3. Menimbulkan riak.

Tanpa disedari, kita terpesong dari niat yang sebenar. Asalnya saja-saja kita war-warkan kegembiraan, setelah ada yang memuji, maka perasaan riak itu mula timbul sedikit demi sedikit. Jadi, lebih baik kita hindari daripada terjebak dengan perasaan tersebut.


Tidaklah salah sekali sekali kita menghebahkan kegembiraan di media sosial, tetapi perlulah berpada-pada. Menghebahkan perkara yang penting itu perlu, tetapi sekiranya kurang penting, adalah digalakkan untuk disimpan sahaja agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, berhati-hatilah dalam setiap tindakan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen