10 Peringkat Hubungan Yang Akan Dilalui Setiap Orang Sebelum Ke Langkah Yang Lebih Serius.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam permulaan perhubungan, pasti ada tahap-tahap yang perlu dilalui oleh kedua-dua orang. Ia adalah satu langkah yang perlu dilalui sebelum memilih untuk melangkah ke satu hubungan yang serius. Ia dimulakan dengan perkenalan dan bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lain, sehingga peringkat yang menunjukkan pasangan tersebut telah bersedia. Ia berlaku secara langsung dan kadang kala anda tidak akan perasan akan perubahan peringkat itu.



Peringkat 1: tarikan fizikal.

Peringkat ini bermula sebagai satu pertemuan yang tidak dijangka. Anda dan pasangan anda mempunyai minat antara satu sama lain. Namun masih dalam keadaan malu dan mempunyai batas-batas percakapan serta pergaulan. Di mana ia tidak menujukkan anda dan pasangan begitu mesra.

Peringkat 2: kawan.

Anda dan pasangan mula ingin berkenalan dengan lebih dekat, di mana anda menjadikannya salah seorang rakan anda. Ia bukan rakan yang istimewa tetapi lebih sekadar kawan biasa, sebelum anda mengenali hatinya lebih mendalam.

Peringkat 3: ujian.

Ketika ini anda dan pasangan anda sedang menguji antara satu sama lain. Di mana jika terdapat persamaan idea, pemikiran, kepercayaan dan lain-lain lagi. Ketika ini, jika seseorang itu mempunyai minat dan pemikiran yang sama, ia akan membawa ke langkah yang seterusnya.


Peringkat 4: berdating.

Jika ujian di peringkat tiga telah dapat diatasi, anda dan pasangan memilih untuk ‘berdating’ iaitu untuk mengenali hati budi yang baik. Dalam bahasa mudahnya seperti ‘bercouple’ atau anda hanya menyasarkan dirinya yang terbaik dalam hidup anda.

Peringkat 5: luangkan masa bersama.

Anda dan pasangan mula meluangkan masa bersama sebanyak mungkin. Melakukan pelbagai aktiviti bersama untuk mengetahui apa yang disukai dan apa yang tidak. Di sini mula lah pelbagai kelebihan dan kekurangan pasangan, anda mula terokai.

Peringkat 6: kongsi semua perkara.

Apabila anda sudah mula percaya akan hubungan tersebut, maka anda sudah mula untuk berkongsi dalam segala hal. Rutin harian juga menjadi salah satu perkara yang dikongsi walaupun anda dan pasangan masih belum berada dalam tahap yang begitu serius.

Peringkat 7: pastikan perasaan.

Pada ketika ini anda dan pasangan sudah mula seperti bergolak mengenai perasaan masing-masing. Di mana anda masih tidak tahu perasaan anda yang sebenarnya terhadap pasangan anda, begitu juga dirinya. Jadi anda akan mengambil beberapa masa untuk jelas akan perasaan anda sendiri.


Peringkat 8: sikap keterbukaan.

Sikap anda dan dirinya yang menerima kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain akan membuatkan anda tiba ke peringkat seterusnya. Di mana, anda dan pasangan percaya, kalian mampu melengkapi antara satu sama lain.

Peringkat 9: teruskan atau putuskan.

Pada peringkat ini, anda mula membuat analisis mengenai tingkah lakunya, sikap keterbukaannya, kelemahannya dan pelbagai lagi. Ia akan membuat anda untuk memilih masih mahu teruskan perhubungan itu atau putuskan sahaja demi kebaikan anda dan dirinya.

Peringkat 10: I love You.


Jika anda dan dirinya berjaya mengharungi semua peringkat itu, ia akan membuatkan anda dan pasangan mencintai satu sama lain. Dan memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan matang.

Semua peringkat ini akan dilalui oleh semua orang yang sedang bercinta. Jika anda sayang antara satu sama lain, maka anda akan berjaya untuk ke hubungan lebih serius. Jika tidak, hubungan tersebut hanya separuh jalan sahaja. Jadi anda dan pasangan telah tiba di peringkat yang mana?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen