Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Usia 25 Tahun Ke Atas.

Jika sebelum ini kita banyak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam hidup, meningkat usia ini, kita perlu ada perubahan. Kerana ketika umur ini banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu ditumpukan. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda antara perkara yang perlu diambil berat oleh kita diusia begini:



1. Tanggungjawab dengan Allah.

Ini adalah tanggungjawab kita yang paling utama dalam hidup. Penuhi solat lima waktu dengan sempurna, menutup aurat dengan elok, memperbaiki bacaan al-Quran dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Sebab, kita tak tahu bila ajal akan tiba.

2. Tanggungjawab dengan ibu bapa.

Mereka membesarkan kita dari kecil hingga kini. Apabila kita sudah mempunyai pasangan dan berumahtangga, kemungkinan kita akan lupa terhadap mereka. Tetapi, mereka masih ingat terhadap kita. Oleh itu, hargailah mereka ketika masih ada ini. Hulurkan wang sentiasa, balik ke kampung selalu dan hormati mereka. Jika kita tidak menghormati mereka, kemungkinan besar anak-anak juga tidak mengormati kita kelak.

3. Tanggungjawab dengan pekerjaan.

Bekerjalah bersungguh-sungguh. Pada ketika ini masa yang sesuai untuk berkahwin, maka kumpul sedikit demi sedikit wang tersebut. Jika mampu untuk melangsaikan hutang ketika ini, lunaskan terus. Kerana setelah ini masih banyak wang yang diperlukan. Oleh itu, tiada istilah berfoya-foya dengan gaji tersebut. Bila bebas dari hutang, baru hidup aman beb!

4. Tanggungjawab terhadap pasangan.

Masa ini bukan masa untuk bermain cinta. Tetapi perlu mencari cinta sebenar. Jika anda dalam proses mencari calon, carilah calon yang baik akhlak dan agamanya. Jadilah orang yang matang dalam mencari jodoh. Set dalam minda, kita mencari teman hidup hanya untuk perkahwinan kelak. Setelah itu, barulah boleh bercinta selepas nikah. Baru ada nikmat. Hehe

5. Tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Uruslah diri dengan cara yang matang. Kurangkan bermain game, menonton filem korea dan melepak bersama kawan-kawan. Ubahlah diri. Bangun di awal pagi, lakukan perkerjaan yang sepatutnya dengan baik, dan sayangi orang sekeliling. Lakukan secara konsisten. Percayalah, hidup akan akan lebih bersemangat setelah itu. Jika ini anda mampu lakukan, baru boleh kahwin. hehe


Oleh itu, buat apa membuang masa ketika ini? Waktu ini sudah tidak sesuai kita berfoya-foya. Banyak perkara yang perlu ditumpukan. Jika anda mempunyai pasangan, nasihatkan juga pasangan tersebut agar sama-sama berubah ke arah yang lebih baik selepas ini. Good luck!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen