Tips Melembutkan Hati Pasangan.

Dalam perhubungan, sudah tentunya kita akan menghadapi pasangan yang kadang kala tidak difahami oleh kita. Mungkin disebabkan berbeza jantina dan pemikiran, mungkin juga kerana sifat seseorang yang susah untuk menerima teguran dari orang lain. Oleh itu dikongsikan tips untuk melembutkan hati pasangan.



1. Memperbaiki diri.

Sebelum kita memperbaiki orang lain, sebaiknya cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin disebabkan sikap kita menyebabkan pasangan berubah menjadi seorang manusia berbeza. Oleh itu, bermuhasabahlah seketika merenung kesilapan dalam perhubungan. Kemudian berubahlah kearah kebaikan.

2. Teguran.

Sudah tentunya untuk kita membantu pasangan ke arah yang lebih baik, kita perlu menegur seseorang. Dalam surah al-asr juga menyarakan kita untuk nasihat menasihati kepada kebenaran dan penuh kesabaran. Oleh itu, dengan adanya panduan ini, gunakan dengan sebaik mungkin. Tegurlah dengan cara berhikmah. Lebih baik kita menegur secara sembunyi agar tidak terbuka aibnya. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga. Pastinya menutup aib pasangan adalah satu kewajipan.

3. Doa.

Doa adalah senjata orang mukmin. Gunakan masa dengan sebaik mungkin untuk berdoa kepada pasangan. Disarankan agar memperbanyakkan istighfar, kerana dengan allah menghapuskan dosa kita,akan mudahlah allah memakbulkan doa tersebut. Antara doa yang disarankan untuk dibaca dan diamalkan adalah:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Allah maha lembut terhadap hamba-hamba-nya; dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-nya dan dialah yang maha kuat lagi maha perkasa.
[As-Syura:19]




Oleh itu, amalkanlah ketiga-tiga ini. Semoga ia dapat memberi kesan kepada pasangan dan bertambah kasih sayang diantara anda dan pasangan. Selamat mencuba.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen