7 Ciri-Ciri Anggota Badan Wanita Yang Buat Lelaki Lebih Tertarik.

Lelaki juga mempunyai idaman wanita yang ingin mereka dampingi. Segalanya terpulang kepada individu, tetapi menurut kajian 7 ciri-ciri tubuh badan wanita di bawah lebih menarik perhatian lelaki, jom baca!



1. Badan yang lebih berisi.

Jika wanita sering menganggap lelaki lebih menggemari wanita yang bertubuh ramping seperti model, anda ternyata salah kerana menurut kajian, lelaki sebenarnya amat gemar pada wanita yang lebih berisi.

Yang paling utama berpinggul lebar kerana ia lebih cenderung untuk melahirkan anak yang ramai.

2. Suara yang nyaring.

Menurut kajian ramai lelaki berminat dengan wanita yang memiliki ton suara tinggi. Berkemungkinan kedengaran lebih manja dan lebih feminin.

3. Berambut gelap!

Ramai juga wanita yang suka mewarna rambut mereka dengan warna-warna yang lain selain hitam, tetapi mereka tidak tahu bahawa lelaki lebih menggemari wanita yang berambut hitam gelap ikal mayang. Mungkin juga warna gelap akan lebih menyerlahkan bentuk muka si wanita.



4. Wajah yang tidak bersolek tebal.

Menurut kajian Quarterly Journal of Experimental Psychology, apabila gambar wanita bersolek dibandingkan dengan wanita yang kurang bersolek, ternyata lelaki lebih memilih wanita yang kurang bersolek.

Ini kerana apabila wanita kurang bersolek, ia lebih menonjol wajah mereka yang sebenar dan tidak fake.

5. Lengan yang panjang.

Terkejut, bukan? Minoriti lelaki akan tertarik pada wanita yang memiliki lengan yang panjang kerana apabila mereka berjalan sambil menghayun tangan, ia kelihatan lebih kemas dan tangan di sisi. Maka lelaki menganggapnya ia seksi.



6. Berbibir merah.

Sebenarnya lelaki tidak mudah tertarik pada bibir yang agak pucat, kering dan gelap. Maka wanita di luar sana, anda harus lah rajin untuk menjaga bibir mungil anda. Bibir seperti anggota badan yang wanita sering juga abaikan, jangan hanya tahu memakai gincu, tetapi biarkan ia merekah kekeringan.

Anda perlu jaga kelembapan bibir okay!

7. Gigi yang bersih.

Anda sudah tahu bahawa lelaki amat mencintai wanita yang mudah tertawa dan tersenyum, tetapi jangan pula lupa membasuh gigi anda. Sudah la mulut berbau, scaling gigi pun tidak pernah buat. Jangan lupa pergi ke dentist 2 kali dalam satu tahun ya!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen