3 Kategori Wanita Yang ‘Queen Control’. Anda Dalam Kategori Yang Mana?

Wanita yang queen control sangat digeruni oleh semua lelaki, terutamanya si suami. Ini kerana, lelaki bagaikan tiada masa untuk diluangkan bersama-sama rakan di luar mahu pun ketika habis waktu bekerja.



Habis kerja, pulang ke rumah, melayan si isteri dan anak-anak dan berterusan hingga ke hari-hari yang seterusnya. Ini yang menyebabkan si suami berasa bosan dan rimas dengan si isteri dan tercetus lah segala peperangan.

Si suami akan merasakan, mereka di kongkong dan tidak di hormati. Dan jika mereka tidak redha dengan segala perbuatan si isteri, jatuh berdosa lah si isteri tersebut. Cepat-cepat lah bertaubat dan meminta maaf kepada si suami.

Dengan mengikut peredaran zaman dengan kecanggihan teknologi, wanita zaman sekarang bukan lagi di anggap queen control, tetapi stalker terhebat yang dapat melihat segala aktiviti si suami rutin harian. Malah ia akan menjejaskan nilai kekeluargaan dan keharmonian rumah tangga.



Kewujudan sikap queen control  sebenarnya tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi dan ia disebabkan oleh beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita.

Untuk kepastiannya, terdapat tiga jenis queen control iaitu:

1. Mutlak.

Jenis queen control secara mutlak adalah apabila tingkah laku si isteri terlalu bersikap mengawal suami 100% sehinggakan menjadi suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri.



2. Pertengahan.

Jenis pertengahan adalah apabila si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.

3. Permulaan.

Kebiasaannya terjadi di awal fasa mendirikan rumah tangga kerana mereka tidak mahu kehilangan si suami tercinta. Waktu ini, si isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya.

Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri.



Anda masih keseorangan?

1,102,912 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen