Antara 7 Sebab Anda Sebenarnya Tidak Bersedia Untuk Bercinta.

Jika anda mempunyai sebab-sebab di bawah untuk bercinta, lupakan sahaja, kerana ia akan memudaratkan diri anda sendiri dan pasangan. Jadi, apakah antara 7 sebab tersebut, jom baca!

1. Kerana rasa tidak yakin.

Anda merasakan dengan adanya teman di samping anda, boleh meningkatkan rasa keyakinan diri anda. Anda hanya mengharap keyakinan yang diberi oleh teman dan membolehkan anda menukar persepsi sendiri. Tetapi malang, anda akan akan selalu menyalahkan si dia, jika mereka tidak dapat memberi keyakinan tersebut.



2. Kerana kemurungan.

Anda sangat murung ketika ini. Dan anda amat memerlukan seseorang untuk membuat anda tergelak ketawa dan berkongsi cerita. Anda hanya bergantung pada si dia untuk membuatkan diri anda bahagia. Tetapi sebenarnya kebahagiaan itu, anda perlu mencari sendiri dan ia akan membuat pasangan anda bahagia bersama anda.

3. Kerana kesunyian.

Anda terlalu sunyi dan terus ingin lompat ke dalam perhubungan. Bayangkan anda bertemu janji dengan pasangan yang tidak serasi bukankah anda juga akan rasa sunyi. Daripada cepat sangat cari pengganti, cuba hadapinya dengan baik.



4. Kerana masalah kewangan.

Jangan pula anda dianggap sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, malah digelar sebagai pisau cukur. Eiuw!

5. Kerana ingin melupakan bekas kekasih.

Perkara ini akan berlaku jika anda  terlalu rasa kecewa dengan perpisahan lama maka cuba berkawan dengan seseorang untuk lupakan bekas kekasih. Anda hanya mengelirukan diri sendiri bila melakukan perkara demikian.



6. Kerana bosan.

Anda terlalu rasa bosan dengan kehidupan single lalu anda inginkan teman lelaki. Jika kena dengan caranya, mungkin anda akan ketemu dengan lelaki yang elok. Tetapi anda tidak boleh bertemu janji dengan seseorang hanya kerana anda merasakan bosan.

Anda jangan ingat anda adalah seorang yang hebat untuk mempermainkan perasaan orang!

7. Kerana cemburu.

Anda cemburu apabila melihat kebahagiaan rakan-rakan atau adik beradik sendiri yang menjalinkan hubungan cinta. Maka anda juga inginkan pasangan untuk bercinta. Tanya diri sendiri, betulkah keputusan anda?



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen